5 Kesan Berlari Pada Zakar

5 Kesan Berlari Pada Zakar
5 Kesan Berlari Pada Zakar

5 Kesan Berlari Pada Zakar

Tubuh anda mempunyai cara tersendiri untuk menyesuaikan keadaan ketika anda berlari. Termasuk untuk lelaki tentang apa yang berlaku di dalam seluar anda. Ini kerana keunikan tubuh anda yang mempunyai cara yang tersendiri untuk melindungi dan menyesuaikan bahagian sulit anda dari mengalami kecederaan dan berlakunya perkara yang tidak diingini.

Walaupun tabiat berlari anda boleh menempatkan bahagian sulit anda itu berada dalam keadaan yang tidak selesa seperti larian pada tengahari yang panas tanpa sokongan yang sesuai anda tidak perlu untuk terlalu berasa risau mengenainya.

Namun begitu masih terdapat beberapa perkara yang mana setiap pelari harus mengambil berat mengenai zakar apabila berlari.

1. Terlalu Banyak Berlari Membahayakan Sperma Anda

Namun anda harus berhati-hati kerana jika anda terlebih berlari anda akan mengalami pengurangan tahap testosteron dan juga mengurangkan kualiti semen anda. Pada suatu tahap jika anda sudah terlalu banyak berlari, ia boleh menimbulkan keradangan yang tidak dapat membantu tubuh anda untuk menghasilkan sperma yang berkualiti.

2. Berlari Menguatkan Sperma Anda

Kita memiliki banyak bukti yang menyokong dakwaan bahawa memperbanyakkan aktiviti fizikal – terutamanya aktiviti berlari – boleh membantu menambahkan potensi kesuburan seorang lelaki. Lelaki yang aktif memiliki tahap sperma yang lebih tinggi. Ini kerana senaman yang berterusan boleh meningkatkan tahap testosteron pada seseorang lelaki yang menyokong bertambahnya kesihatan sperma mereka.

3. Menyebabkan Kesakitan Buah Zakar

Secara kasar, sebanyak satu daripada tujuh orang lelaki akan mengalami kesakitan pada buah zakar mereka yang mana disebabkan oleh keradangan pada sendi yang tidak berfungsi di skrotum anda. Namun dalam beberapa keadaan, berlari boleh menambahkan rasa sakit pada buah zakar anda. Oleh itu anda digalakkan memakai seluar yang longgar dan sesuai untuk melindungi bahagian sulit anda.

4. Masalah Bila Seluar Terlalu Ketat

Walaupun kadangkala sokongan tertentu membantu anda untuk berlari dengan lebih selesa, memakai seluar yang terlalu ketat juga kadangkala boleh mengundang masalah seperti menyekat aliran darah ke bahagian sulit anda dan menyebabkan kesakitan. Jika tubuh anda tiba-tiba berasa sakit dan kebas, itu menunjukkan bahawa tubuh anda sudah tidak mampu menahan kuasa mampatan tersebut.

5. Meningkatkan Ketegangan Zakar

Sesiapa yang selalu berlari seperti dua kali seminggu atau lebih boleh membantu melancarkan aliran darah mereka dan meningkatkan kesihatan jantung. Berlari juga boleh membantu meningkatkan keupayaan untuk zakar anda menegang dengan baik kerana aliran darah dilancarkan dengan baik dari jantung ke zakar anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/