5 Kesan Pil Perancang Kehamilan

Pil Perancang Kehamilan
Pil Perancang Kehamilan

Pil Perancang Kehamilan

Pil perancang kehamilan merupakan alternatif untuk wanita bagi merancang kehamilan mereka. Mungkin usia anak yang masih kecil membuatkan kamu berasa untuk menjarakkan sedikit tempoh hamil seterusnya. Namun mungkin ada antara kamu yang tidak tahu akan baik dan buruknya mengambil pil perancang kehamilan ini.

Bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumahtangga merancang kehamilan adalah perkara yang menjadi keutamaan kerana memikirkan faktor ekonomi yang masih belum cukup kukuh. Namun ada juga pasangan yang tidak merancang kehamilan kerana percaya kepada rezeki yang Allah SWT aturkan untuk anak-anak mereka dan juga keluarga.

Berikut di bawah ini admin ingin berkongsi 5 kesan baik dan buruk kesan pil perancang kehamilan kepada wanita atau kaum ibu.

Kebaikannya

1. Dapat Mengawal Kehamilan

Pil perancang kehamilan dapat membantu pasangan suami isteri mengawal kehamilan dalam tempoh yang tertentu mengikut tempoh yang mereka mahukan. Dari situ pasangan suami isteri boleh merancang perbelanjaan kewangan dan mengatur sesuatu untuk anak yang bakal dilahirkan.

2. Merawat Kitaran Haid

Kebaikan pil perancang kehamilan juga dapat membantu merawat kitaran haid yang tidak menentu. Biasanya wanita kerap mengalami kitaran haid yang tidak teratur baik sebelum berkahwin mahupun selepas berkahwin dan pengambilan pil perancang kehamilan ini boleh menyelesaikan masalah ini

3. Mencegah Kanser

Pil perancang kehamilan ini juga boleh mencegah risiko dari terkena penyakit kanser ovari dan rahim.

Keburukannya

4. Emosi Tak Stabil

Pil perancang kehamilan mengandungi beberapa hormon tambahan dalamnya, kesan dari pengambilannya akan menyebabkan emosi kadang-kala tidak stabil dek kerana hormon yang berlebihan dalam badan.

5. Berat Badan Naik Dan Turun Secara Mendadak

Sesetengah pil perancang kehamilan akan memberi kesan kepada berat badan sama ada kamu akan mengalami penurunan berat badan yang mendadak atau sebaliknya.

Seeloknya, dapatkan khidmat nasihat daripada pakar sebelum membuat keputusan untuk menjadikan pil perancang kehamilan sebagai keutamaan anda dan pasangan kerana selain ianya memberi kebaikan di dalam merancang keluarga terdapat juga kesan buruk yang boleh memudaratkan kesihatan badan anda. Pilihan di tangan anda dan sebagai umat Islam kita digalakkan untuk menambah zuriat di atas muka bumi ini dan percaya setiap orang telah ditetapkan rezeki masing-masing oleh Allah SWT sejak di Loh Mahfuz lagi dengan syarat ianya harus disertakan dengan usaha dan ikhtiar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/