5 Khasiat Air Kelapa

Khasiat Air Kelapa
Khasiat Air Kelapa

Khasiat Air Kelapa

Siapa suka minum air kelapa? Hmm.. tentu ramai kan yang suka minum air kelapa muda. Letak pula ais biar lebih sejuk lagi… minum waktu tengah dahaga di kala cuaca yang panas membara… ahaks… Bayangkan.. ohh… bayangkan… Opppssss admin terlupa pulak sekarang ni semua pembaca Petua Bahagia tengah berpuasa.. Hehehe.. Maaflah ye admin tak pasan lak.. Hihihi

Korang tahu tak sebenarnya air kelapa nie banyak khasiatnya. Bukan setakat membantu menghilangkan dahaga jer. Air kelapa nie pun banyak digunakan dalam petua berkaitan kecantikan dan kesihatan. Meh kita tengok antara 5 khasiat air kelapa kat bawah nie kay…

1. Cantikkan Tapak Kaki

Ambil segenggam beras dan rendam dalam air kelapa selama tujuh jam.  Kemudian tapis beras tersebut dan tumbuk hingga halus.  Sapukan pada tapak kaki terutama pada kulit yang kasar dan seolah-olah merekah tuh. Kulit tapak kaki akan beransur-ansur pulih dan licin kembali seperti sediakala.

Kalau rajin, boleh buat banyak-banyak ‘losyen tapak kaki’ nie.. Pack cantik-cantik dan letak nama Siti ker Saloma ker biar gempak sikit… Pasti  tu leh jual kat kengkawan kat opis atau jual secara online. Hmm.. boleh buat duit lagi.. kalau rajin lah kan…

2. Cegah Uban

Campur sedikit air kelapa dengan satu sudu garam. Mula-mula cuci rambut dahulu kendian sapukan air kelapa bercampur garam tadi pada rambut.  Gosok perlahan-lahan agar campuran tersebut diserap ke dalam rambut. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.  Kata orang lama, amalan petua nie boleh mencegah uban. Tapi kalau dah uban terlalu banyak tu dah tak leh nak buat camna dah ler… kena pakai inai lah…

3. Wajah Berseri

Pabila ada peluang mendapatkan air kelapa ni cuba jangan diminum kesemuanya. Belah kelapa tuh untuk mengambil airnya tetapi cuba simpan satu cawan air kelapa tu. Simpankan selama satu malam kendian esoknya sapu air tu ke wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air. Menurut petua nie, jika diamalkan boleh menyerlahkan lagi kejelitaan atau ketampananan wajah.

4. Elak Kedut

Amalkan membasuh muka dengan air kelapa setiap hari boleh mengelak kedutan pada wajah.

5. Hilangkan Jerawat

Ini satu lagi petua untuk menghilangkan jerawat. Elok dicuba kalau selama nie bermacam ikhtiar dicuba cara moden dan tradisional, tapi jerawat masih tak hilang… malah makin melarat…  Cuba pula petua nie, siapa tahu menjadi…

Ambil satu gelas air kelapa. Masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut dan biarkan semalaman. Esoknya tambah pula sedikit serbuk kayu cendana dan simpan lagi selama tiga hari. Lepas tu bolehlah ramuan ni digunakan. Gunakan ia sikit-sikit setiap hari. Sapukan pada bahagian yang berjerawat dua kali sehari. In shaa Allah, jerawat akan hilang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/