5 Khasiat Air Kosong

Khasiat Air Suam
Khasiat Air Kosong

Khasiat Air Kosong

Air kosong mempunyai banyak khasiat yang membantu tubuh badan melawan penyakit disamping menghilangkan rasa haus ketika musim panas yang melampau. Boleh dikatakan setiap kali kita ke klinik untuk mendapatkan rawatan akibat demam, batuk atau jenis penyakit lain, pasti doktor akan menasihatkan kita untuk meminum air kosong dengan sebanyak yang mungkin setiap hari.

Secara umumnya, sememangnya kita tahu yang mengambil air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari adalah sangat penting demi memastikan tubuh badan kita kekal sihat dan cukup hidrat. Air kosong boleh diminum tanpa dimasak sekiranya di rumah anda mempunyai penapis air yang berkualiti tinggi. Mineral asli yang terdapat di dalam air kosong yang menggunakan penapis air sangat berguna dan memberi manfaat kepada manusia berbanding memasak air untuk menghilangkan rasa klorin sehingga mendidih yang menyebabkan mineral asli dan bakteria baik hilang.

Jadi, pada artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 khasiat air kosong yang perlu diminum dengan kuantiti yang banyak setiap hari.

1. Seimbangkan Suhu Tubuh

Tubuh kita memerlukan 60 peratus air. Fungsi cecair dalam tubuh termasuklah untuk sistem penghadaman, penyerapan, peredaran darah, penciptaan air liur serta menyeimbangkan suhu tubuh. Apabila tubuh kekurangan cecair, otak akan menghantar mekanisme dahaga. Selain menghilangkan rasa dahaga, dengan meminum air kosong badan kita akan menjadi segar dan bertenaga.

2. Air Suam Kawal Kalori

Selama bertahun-tahun, mereka yang mengamalkan diet sihat menjadikan pengambilan air kosong dengan banyak sebagai satu strategi untuk menurunkan berat badan. Sememangnya air suam tiada sebarang kesan magik atau drastik untuk menurunkan berat badan tetapi ia mampu mengawal kalori dalam tubuh badan sekaligus membantu melangsingkan tubuh.

3. Beri Tenaga Pada Otot

Meminum air kosong dengan banyak itu penting ketika bersenam. Ia sangat disarankan sewaktu sebelum dan ketika melakukan aktiviti senaman kerana ia untuk mengganti semula peluh yang keluar dek senaman yang dilakukan.

4. Kulit Cantik Menawan

Kulit kita memerlukan air yang banyak agar tidak menyebabkan masalah dehidrasi pada kulit. Apabila berlakunya dehidrasi, kulit akan lebih cepat menua. Jadi, pastikan anda meminum air kosong yang banyak agar kulit sentiasa gebu dan sihat sepanjang masa.

5. Lancarkan Fungsi Buah Pinggang

Buah pinggang berperanan membersih dan menyah toksin dalam tubuh jika pengambilan air suam yang mencukupi. Jika kita mengambil air kosong dengan cukup, proses pembuangan air kecil akan lebih kerap sekaligus membuang toksin berbahaya pada tubuh badan seseorang.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/