5 Khasiat Baking Soda

Scrub Muka
Baking Soda

Baking Soda

Baking soda bukan sahaja boleh digunakan untuk membuat kek dan roti tetapi juga khasiat dan manfaatnya boleh digunakan untuk kecantikan dan penampilan diri lelaki agar nampak lebih segar, menarik dan kacak. Baking soda sememangnya bahan asas digunakan untuk membuat kek dan roti bagi mereka yang membuka perniagaan kedai kek dan roti.

Guys, pastikan anda menyimpan dan mempunyai stok baking soda di rumah. Tujuannya bukanlah untuk membaking kek atau roti tetapi ianya boleh digunakan untuk kebersihan dan penampilan diri anda. Siapa yang tidak mahu kekal tampan dan bergaya melalui penampilan diri yang sangat simple dan tidak rumit dengan cara mudah, murah dan berkesan, sangat sesuai untuk anda yang sentiasa mahukan cara no-hassle dalam penjagaan diri.
Baiklah, pada artikel kali ini admin PB ingin berkongsi dengan pembaca 5 khasiat baking soda kepada anda dan bagaimana ianya berfungsi untuk anda berpenampilan menarik tanpa pergi ke salun dan spa penjagaan kulit.
Scrub Muka
1. Mencerahkan Kulit
Campurkan baking soda dengan satu sudu besar jus lemon and beberapa titik minyak zaitun. Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan mencuci muka menggunakan scrub, kemudian sapukan pes pada kulit. Bilas selepas 10 minit untuk mendapatkan hasil yang cukup memuaskan hati anda.
2. Pemutih Gigi
Gigi anda kuning akibat daripada kesan merokok? Ambil sedikit baking soda dan campurkan dengan sedikit jus lemon atau jus strawberi untuk menggantikan ubat gigi. Atau campurkan saja sedikit baking soda dengan ubat gigi anda dan gosok gigi seperti biasa. Gunakan selama 2 minggu berterusan dan bandingkan tahap keputihan gigi daripada sebelum dan selepas menggunakan baking soda.
3. Scrub Muka
Campurkan satu sudu besar baking soda kepada pembersih wajah anda untuk dijadikan scrub. Urutkan ke wajah dalam gerakan membulat untuk menanggalkan kulit mati dan blackheads.
4. Penjagaan Kaki
Campurkan 2-3 sudu baking soda ke dalam air untuk rendaman kaki yang menyamankan. Anda juga boleh memasukkan beberapa titik minyak pati dan rendamkan kaki selama 20 minit. Buang kulit kasar pada kaki dengan pes scrub hasil campuran baking soda dan air.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/