5 Khasiat Belimbing Besi

Khasiat Belimbing Besi
Khasiat Belimbing Besi

Khasiat Belimbing Besi

Korang pernah dengar tak citer orang kuat yang makan buah belimbing besi? Hmm.. sebenarnya siapa-siapa pun boleh kalau nak makan besi.. hehe.. makanlah belimbing besi… malah ia bagus untuk kesihatan. Admin PB takde lah selalu sangat makan buah belimbing besi nie. Sebab admin tak berapa suka dengan rasanya. Tapi anak-anak memang suka makan belimbing.. err.. kalau ikutkan semua jenis buah pun diaorang suke.. hehe..

Rupa-rupanya amalan memakan buah belimbing besi nie dapat membantu membuang lemak. Menurut kajian santifik, yang admin baca, sel-sel buah belimbing mengandungi “pektin” yang merupakan pembentuk gel dalam usus kita. Gel tersebut dikatakan boleh menurunkan paras lemak (kolesterol) dalam badan. Pektin akan mengikat kolesterol dan asid hempedu dalam usus lalu meyingkirkan kedua-dua bahan itu dari badan. Dalam erti kata lain, ia akan ‘membersihkan’ perut kita daripada bahan-bahan yang tak patut ada kat situ ler.

Buah belimbing besi mengandungi sumber vitamin C, zat besi (sebab tu lah ia dipanggil belimbing besi kot) dan juga zat kapur yang baik. Belimbing besi yang dimakan akan bertindak sebagai antioksidan dalam badan kita yang membantu mencegah penyebaran sel-sel penyakit kanser dan melancarkan pencernaan.

Selain tu, banyak lagi keistimewaan belimbing nie termasuklah 5 khasiat kat bawah nie yang nak admin kongsikan bersama pembaca Petua Bahagia yang setia…

Khasiat Daun dan Buah Belimbing Besi

1. Merawat Sakit Buah Pinggang

Bagi yang mengalami sakit buah pinggang dan sakit pundi kencing, orang tua-tua dulu akan nasihatkan untuk selalu amal memakan buah belimbing besi.

2. Merawat Sakit Muntah-Muntah

Kalau ada yang tetiba diserang muntah-muntah berpanjangan.. dah makan ubat doktor tapi masih tak lega, ada petua tradisional yang boleh membantu. Caranya ialah dengan minum air rebusan daun dan buah belimbing besi.

3. Merawat Penyakit Kulit

Pucuk dan daunnya yang ditumbuk atau dikisar sehingga hancur boleh digunakan untuk mengubati penyakit kulit seperti kurap dan cacar.

4. Menghilangkan Sakit Kepala

Orang dulu-dulu menghilangkan sakit kepala dengan meramas beberapa helai daun belimbing besi hingga hancur dan kemudian ditampalkan ke dahi.

AWAS: Menurut pesanan orang lama, kalau kita makan buah belimbing jangan sekali-kali makan gula pasir ataupun minum air sirap. Dikatakan memakan kedua-duanya pada masa yang sama boleh memberikan kesan buruk kepada kesihatan.

5. Menyembuhkan Demam Panas

Daun belimbing besi yang kering pula boleh digunakan untuk meredakan dan menyembuhkan demam panas.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/