5 Khasiat Buah Tomato

Khasiat Buah Tomato
Khasiat Buah Tomato

Khasiat Buah Tomato

Buah tomato boleh terus dinikmati, dibuat jus, sos, dimasak, dibuat sambal goreng mahupun dijadikan salad.  Buah tomato kaya dengan pelbagai jenis vitamin, seperti A, C, K, Asid folat dan ‘potasium’. Dengan pelbagai kandungan yang dimiliknya, jadi tidak hairan apabila rajin memakan buah tomato ia akan meningkatkan daya ketahanan tubuh anda. Selain itu, turut membantu dalam penglihatan anda.

Adakah anda pernah kenal apa itu kolestrol jahat dan kesannya kepada badan anda? Tingginya kadar kolesterol jahat dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk bagi kesihatan serta mengundang pelbagai penyakit seperti jantung, hipertensi dan diabetis. Tapi, anda jangan susah hati kerana anda boleh menurunkan kadar kolesterol jahat dengan cara mengambil makanan yang seimbang dan sihat seperti buah-buahan.

Siapa yang tak kenal dengan buah tomato ini kan. Sejenis buah yang turut mempunyai banyak manfaat. Mulai daripada kecantikan kulit,  menurunkan berat badan, sehinggalah menurunkan kadar kolesterol jahat.

Berikut dibawah ini ialah 5 khasiat dan manfaat lain, daripada buah tomato buat kesihatan tubuh:

1. Menjaga Kesihatan Jantung

Manfaat jus tomato yang dapat menurunkan kolesterol jahat juga akan memberikan efek sampingan pada kesihatan jantung. Vitamin B6 yang ada di dalamnya akan membantu melindungi pembuluh darah daripada kerosakan. Jus tomato juga mengandungi ‘potasium’ yang boleh menurunkan tekanan darah pada tubuh.

2. Menghindari Dehidrasi

Buah tomato mengandungi banyak air, jus ini akan membantu anda terhindar daripada dehidrasi.

3. Menurunkan Kolesterol Jahat

Tomato juga mengandungi ‘naicin’ yang boleh menstabilkan kadar kolesterol dalam tubuh anda. Selain itu, tomato juga kaya serat yang boleh membantu kolesterol jahat dalam darah anda.

4. Menjaga Kesihatan Hati

Tomato juga menjadi sumber vitamin B6 yang boleh menjaga sel-sel darah merah anda daripada kerosakan. Selain itu, tomato juga kaya dengan kalium yang boleh menstabilkan tekanan darah anda.

5. Mengurangkan Berat Badan

Minum jus tomato secara teratur adalah cara paling mudah untuk menurunkan berat badan. Rendah kalori dan membantu membuang racun dalam tubuh anda alah manfaat lain daripada jus tomato. Mengambil jus tomato bukan sekadar menyihatkan, malahan akan membuatkan anda tetap langsing!

 

Ekstra! 

* Manfaat Buah Tomato Untuk Wajah

Selain berupaya menurunkan kadar kolesterol jahat, manfaat buah tomato untuk wajah tidak dapat dinafikan.  Ia mampu membuatkan kulit wajah menjadi cerah serta bebas daripada masalah jerawat. Untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah anda boleh menggunakan buah tomato sebagai masker wajah.

Di samping itu, ia juga berupaya menjaga kelembapan kulit wajah serta menghindarkan wajah anda daripada cepat berkedut. Wajah yang berkedut akan membuatkan anda kelihatan tua.  Dengan memiliki wajah yang sihat dan tidak berkedut akan menambahkan lagi keyakinan diri anda  untuk berada di khalayak ramai.

P/s : Caranya sangat mudah, memadai jika anda meminum dengan rutin jus tomato sebanyak dua kali sehari.

* Tips Ekstra Petua Bahagia Di Dalam Memilih Buah Tomato

Jika mahu membelinya, perkara pertama yang perlu anda perhatikan; terdapat dua jenis warna tomato yang berbeza iaitu berwarna merah dan hijau.

Tomato berwarna merah memiliki kandungan vitamin A dan C, lima kali lebih banyak daripada tomato berwarna hijau. Jadi, apabila anda ingin memakan tomato, pilihlah yang berwarna merah kerana ia memiliki kandungan vitamin yang jauh lebih banyak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/