5 Khasiat Bunga Lily

Khasiat Bunga Lily
Khasiat Bunga Lily

Khasiat Bunga Lily

Bunga lily atau nama latinnya, Lilium Candidum L mempunyai bentuk yang sangat cantik dan pelbagai warna serta berbau wangi. Bunga lily putih adalah yang paling popular. Sememangnya khasiat yang terdapat pada bunga lily untuk kesihatan dan juga dalam penjagaan kecantikan memang telah terbukti dan tidak boleh disangkal lagi.

Sungguhpun anda mungkin terpesona dengan kecantikan bunga lily, namun anda harus tahu khasiat, kelebihan atau manfaatnya yang mungkin selama ini tidak pernah anda ketahui. Biasanya orang lama atau orang tua lebih mengetahui apa khasiat yang terkandung pada bunga ini yang boleh dijadikan bahan utama dalam mengekalkan keremajaan dan awet muda.

Baiklah, pada artikel kali ini, admin ingin kongsikan 5 khasiat bunga lily yang sangat berguna kepada kesihatan dan penjagaan kecantikan manusia baik lelaki mahu pun wanita.

1. Meregenerasi Kulit

Bunga lily juga mengandungi antioksidan yang boleh meregenerasi kulit sehingga menghindari kulit dari penuaan semulajadi dan menjadikan kulit halus dan lembut.

2. Menyamarkan Parut Luka

Bagi anda yang mempunyai bekas atau parut luka, anda boleh cuba menghilangkannya dengan manfaat bunga lily. Ia mampu menyamarkan bekas luka di permukaan kulit anda.

3. Pelembab Kulit

Bunga lily sering digunakan untuk kecantikan. Ekstrak dari yang terdapat padanya berguna untuk menjaga kelembapan kulit sekaligus menghaluskan kulit tubuh anda. Ini adalah kerana bunga ini mengandungi ‘polisakarida’, dalam jenis ‘hidrokoloid’ yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Ia boleh menahan kadar air dalam lapisan kulit sehingga kulit tidak kering dan terjaga kelembapannya.

4. Mencegah Kanser Kulit

Bunga lily mengandungi zat kimia yang sangat berguna buat tubuh. Kandungan ‘flavonoid’ berfungsi sebagai zat anti oksidan yang mampu menghalang kanser dan membantu regenerasi sel-sel kulit. Selain flavonoid’, ianya juga mengandungi ‘karotenoid’ dan ‘saponin’ yang memiliki fungsi yang sama. Zat ‘saponin’ daripada bunga lily sering digunakan untuk kosmetik yang mampu mencegah kanser kulit akibat sinaran matahari.

5. Ubat Jerawat

Bunga lily juga boleh mengubati beberapa penyakit seperti batuk, diarrhea (cirit-birit), bisul, asma dan jerawat di wajah.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/