5 Khasiat Lobak Merah

Khasiat Lobak Merah
Khasiat Lobak Merah

Khasiat Lobak Merah

Lobak merah sebenarnya ada banyak khasiat yang mungkin kita sendiri tidak tahu. Jangan ambil ringan dengan pengambilan lobak merah kerana ia bagus demi menjaga kesihatan yang baik sepanjang hayat. Lobak merah boleh dimakan begitu saja sebagai sayur atau ulam-ulaman dan juga boleh dijadikan jus carrot susu.

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil boleh mendidik mereka memakan lobak merah untuk memastikan kesihatan tubuh badan. Di samping bagus untuk kesihatan, lobak merah juga boleh bertindak meningkatkan imun tubuh badan seseorang untuk melawan penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus dan bakteria merbahaya.

Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi 5 khasiat makanan kegemaran arnab ini untuk menjaga organ tubuh badan manusia.

1. Kulit

Tahukah anda bahawa lobak merah bukan hanya kaya dengan vitamin yang baik buat mata namun ia juga baik untuk kulit? Ini kerana lobak merah kaya dengan vitamin A dan antioksidan yang berkesan dalam melindungi kulit dari sinaran cahaya matahari. Bahkan lobak merah juga baik dari melindungi kulit dari berjerawat, masalah kulit kering, kesan penuaan dan juga memberikan lebih kecerahan pada kulit.

2. Jantung

Kandungan Beta-karotena, Alfa Karotena dan Lutein dalam lobak merah diyakini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Jadi sertakan lobak merah dalam menu harian anda. Selain itu juga anda boleh melakukan senaman kardio yang bagus untuk kesihatan jantung anda. Apa yang dimaksudkan dengan senaman kardio adalah dengan berlari atau berjogging.

3. Mata

Lobak merah diperkaya dengan vitamin A dan B. Kedua-dua vitamin ini dapat membantu badan dalam mendapatkan penglihatan yang lebih baik dan jelas. Amalkan pemakanan lobak merah sebagai ulam-ulaman bagi penjagaan penglihatan mata yang jelas dan mengelakkan rabun.

4. Kanser

Selain berkhasiat bagi penjagaan organ tubuh badan manusia, ia juga mempunyai khasiat yang memerangi penyakit kanser. Bahkan khasiat yang terdapat di dalam lobak baik dari segi meningkatkan daya tahan imuniti dalam tubuh badan seseorang.

5. Otak

Kalori yang lebih banyak di dalam lobak sebenarnya membantu badan dalam meningkatkan kuasa ingatan kanak-kanak. Anda juga boleh nikmati kelebihan ini bagi menajamkan minda serta meningkatkan daya memori.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/