5 Khasiat Madu Lebah Untuk Lelaki

madu lebah

quran-dan-madu

Khasiat madu lebah untuk tenaga batin lelaki bagi mengekalkan prestasi di ranjang selain itu madu berkhasiat untuk kesihatan tubuh badan, khasiat madu lebah ini tidak boleh dinafikan lagi khasiat dan kebaikannya. Banyak khasiat yang terkandung di dalam madu lebah. Ini disebabkan kandungan zat yang pelbagai ada terdapat di dalam madu lebah yang sangat berguna.

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia.” [QS. An-Nahl : 68]

Madu lebah memiliki keistimewaan yang luar biasa sehingga disebut dalam surah tersendiri di dalam Al-Quran. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, iaitu Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir muslim agung di abad ke-10 M itu tercatatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu lebah dari segi kesihatan dalam dunia perubatan.

Khasiat madu lebah memang bukan hanya untuk mencegah dan mengatasi penyakit pada tubuh badan dengan izin Allah SWT, tetapi lebih dari itu, madu juga banyak dimanfaatkan untuk kecantikan kulit dan wajah, memperkuatkan daya tahan tubuh, menjaga kesihatan rahim dan janin pada ibu hamil, juga untuk meningkatkan tenaga batin bagi lelaki yang kebiasaannya diambil bercampur dengan telur.

Untuk tenaga batin kaum lelaki, madu lebah ini membantu meningkatkan prestasi di atas ranjang agar ‘performance’ mereka berada di puncak ketika bersetubuh dengan pasangan dan itulah alasan para lelaki biasanya mengambil madu lebah. Ini diakui turun temurun sejak zaman nenek moyang kita dahulu dimana madu lebah ini terbukti memang berkesan dapat memberikan khasiat yang berguna bagi meningkatkan tenaga batin dan daya tahan seksual khususnya bagi lelaki. Tetapi apa sebenarnya kandungan di dalam madu yang membuatnya ianya begitu berkhasiat untuk kaum lelaki? Dan apa saja manfaat madu yang berkaitan dengan tenaga batin lelaki?

Dibawah adalah 5 simulasi terperinci mengenai khasiat madu lebah :

1. Meminum madu lebah yang tidak dipanaskan sama dengan anda meminum stimulan seksual ringan semulajadi kerana di dalam madu terkandung vitamin B, zinc, dan vitamin E yang berfungsi dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan tenaga batin lelaki.

2. Vitamin yang terdapat di dalam madu lebah dipercayai dapat meningkatkan penghasilan testosteron, yang merupakan hormon yang berfungsi untuk meningkatkan libido, tenaga dan fungsi imun. Selain itu zat boron yang terkandung di dalam madu juga berguna membantu tubuh dalam menghasilkan estrogen yang berperanan untuk meningkatkan ghairah seksual.

3. Kandungan vitamin B2 (Riboflavin) di dalam madu lebah berfungsi membantu pertumbuhan dan penghasilan semula, sementara kandungan B6 (Piridoksin) memiliki peranan penting sebagai benteng pertahanan keseimbangan hormon dan juga mengatur fungsi kekebalan tubuh badan dari sebarang penyakit.

4. Madu lebah dipercayai dapat meningkatkan penghasilan sel sperma secara teratur, dimana kuantiti sperma akan meningkat dalam jumlah yang banyak ketika amalan pengambilan madu lebah secara teratur. Selain menambah kuantiti, madu lebah juga dipercayai dapat memperbaiki kualiti sperma lelaki.

5. Kekuatan afrodisiak yang terkandung dalam madu dipercaya paling ampuh dalam meningkatkan kehidupan seks. Perkara ini disebabkan kerana lebah sering kali mengumpulkan nektar dari bunga-bunga afrodisiak seperti bunga melati dan anggerik.

Bagaimana? Cukup banyak bukan khasiat madu lebah untuk tenaga batin lelaki yang sememangnya telah dipercaya sejak zaman dahulu kala lagu. Semoga deangan penjelasan ini, dapat memberikan ilmu pengetahuan bagi pembaca bahawa kandungan zat yang terdapat di dalam madu lebah bukan hanya sekadar berdasarkan mitos dan kepercayaan semata tetapi juga telah terbukti berkesan disokong dengan fakta yang dilakukan penelitian dan kajian mengenai kandungan zat yang terdapat di dalamnya oleh para ahli sains dan perubatan. Semoga bermanfaat!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/