5 Khasiat Tempe

5 Khasiat Tempe

Anda suka makan tempe? Jika jawapannya “ya”, anda memang bagus! Ternyata tempe yang anda gemari itu memiliki manfaat yang baik untuk kesihatan. Kandungan zat yang terdapat pada tempe sungguh luar biasa. Tempe diperbuat daripada kacang soya yang kemudian diperam atau ‘difermentasi ‘dengan kulat ‘rhizopus oligosporus’. Kandungan yang ada dalam tempe hampir sama dengan kandungan yang dimiliki oleh yogurt. Tempe adalah sumber protein yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan mengandungi serat, vitamin B, kalsium dan zat besi.

Selain itu, tempe juga memiliki kandungan antibiotik dan antioksidan yang boleh mengatasi infeksi dan mencegah penyakit ‘degenerative’. Selain itu tempe memiliki keutamaan kandungan karbohidrat, protein dan lemak sihat yang mudah diserap dan dihadamkan oleh tubuh. Tempe bagus dimakan oleh kanak-kanak untuk tumbesaran atau menjaga fungsi organ tubuh bagi orang dewasa.

Berikut dibawah ini admin ingin kongsikan 5 khasiat atau manfaat tempe kepada kesihatan manusia yang perlu anda tahu :

1. Mengatasi Gejala Menopause

Isoflavon yang terkandung dalam tempe juga dapat membantu mengatur hormon estrogen. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa isoflavon dalam soya boleh mengurangkan rasa panas (hot flushes) di badan dan rasa tidak selesa pada wanita menopause.

2. Sumber Tenaga

Tempe juga mengandungi riboflavin atau vitamin B2. Mikronutrisi ini mudah dihadamkan dan sifatnya larut dalam air. Riboflavin memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga dan juga diperlukan dalam metabolisme karbohidrat, protein, lemak dan zat keton. Selain itu, vitamin ini turut berperanan dalam pembentukkan sel darah merah. Kekurangan riboflavin mempengaruhi pengeluaran tenaga tubuh. Gejala-gejala awal dari kekurangan riboflavin biasanya adalah bibir pecah-pecah dan tekak.

3. Mencegah Kanser

Serat yang terkandung dalam tempe dapat mengikat racun dan kolesterol yang menjadi penyebab kanser serta membuangnya dari dalam tubuh, sehingga racun yang sudah terikat tidak akan merosakkan sel-sel dalam tubuh. Tempe diperkayakan oleh isoflavon, senyawa antioksidan yang memainkan peranan penting dalam memperbaiki sel dan mencegah kerosakan sel akibat pencemaran udara dan sinaran cahaya matahari. Isoflavon juga bertindak sebagai agen anti-kanser dengan memerangi sel-sel kanser yang dapat mengundang terjadinya kanser prostat, payudara dan kanser rahim.

4. Kesihatan Jantung

Manfaat tempe memang luar biasa, ia membantu jantung agar menjadi lebih sihat. Tempe mengandungi protein yang dapat menurunkan kolesterol jahat sekitar 30-45 peratus. Kolesterol jahat merupakan faktor yang menyebabkan pembuluh darah menjadi tersumbat sehingga mengundang terjadinya stroke dan serangan jantung. Tempe dapat menaikkan kadar HDL atau kolesterol baik dalam darah, yang berfungsi menekan banyaknya kolesterol jahat dan mengeluarkannya dalam tubuh.

5. Mengawal Gula Dalam Darah

Protein dan serat yang terkandung dalam tempe dapat mencegah naiknya kadar gula darah. Biasanya orang yang menderita diabetes berisiko mengalami radang pembuluh darah yang berkaitan dengan penyakit jantung, sehingga harus menjaga kadar kolesterol darah tetap rendah. Penderita diabetes disarankan memakan tempe.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/