5 Makanan Kuatkan Janin

Makanan Kuatkan Janin
Makanan Kuatkan Janin

Makanan Kuatkan Janin

Bagi wanita hamil yang baru mengandungkan anak pertama, cabaran yang harus dilalui adalah dengan memastikan janin kuat di dalam rahim bagi mengelakkan berlakunya keguguran. Suri rumah yang biasanya melakukan kerja-kerja rumah haruslah memperlahankan aktiviti dan tidak membuat kerja-kerja berat. Ianya kedengaran agak sukar dan janggal bagi suri rumah yang sudah terbiasa dengan tanggungjawab mereka seharian di rumah.

Jika anda bakal bergelar seorang ibu, wajib anda menjaga kandungan serta mengatur pola pemakanan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan dalam menjaga kehamilan. Bukan setakat bersenam dalam menjaga tubuh agar tetap berstamina dan tidak lemah, soal pemakanan juga anda perlu ambil kira. Ini adalah kerana sepanjang tempoh kehamilan, keadaan janin dan anda  akan ditentukan oleh pemakanan yang diambil. Pemakanan ibu hamil sebaiknya kaya dengan protein, rendah lemak dan mempunyai vitamin yang mencukupi.

Satu hal penting yang perlu anda ketahui adalah makanan untuk menguatkan janin. Jom semak jenis-jenis makanan yang mampu menguatkan janin dalam kandungan.

1. Ikan Segar dan Udang

Ikan mengandungi protein dan Omega 3 yang baik bagi otak, serta sebagai vitamin untuk menguatkan janin dalam kandungan. Hampir sama dengan ikan segar, udang juga memiliki protein dan kalsium yang tinggi,dan nutrisi lain di mana ia baik bagi tumbesaran kesihatan janin kandungan ibu yang sedang hamil.

2. Yogurt

Bagi ibu mengandung,anda disarankan untuk membanyakkan makan yogurt kerana kandungan kalsium dalam yogurt yang tinggi itu bagus untuk kesihatan janin anda.

3. Telur

Telur sememangnya sangat kaya dengan protein maka telur juga merupakan makanan yang baik untuk menguatkan janin dalam kandungan.

4. Kacang soya

Kacang soya merupakan salah satu makanan penguat kandungan yang sangat rendah lemak, namun memiliki kandungan protein yang cukup tinggi, sehingga dapat di manfaatkan sebagai makanan penguat kandungan. Kacang ini juga memiliki saponin, asam phytc dan isoflavon yang tinggi yang sangat baik bagi perkembangan janin dalam kandungan. Kandungan gizi dalam kacang soya dikatakan juga mampu mencegah penyakit jantung, kanser dan  osteoporosis.

5. Tauhu

Penghasilan tauhu adalah daripada kacang soya, maka anda jangan ragu untuk mengambil tauhu kerana kandungan proteinnya yang tinggi dan nutrisinya sangat baik untuk tumbesaran janin dalam kandungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/