5 Manfaat Janggut Kepada Lelaki

membela janggut
membela janggut

membela janggut

Membela janggut adalah satu sunnah Rasulullah SAW bagi lelaki yang beragama Islam. Sejak kebelakangan ini, kita boleh lihat trend berjanggut dah mula terkenal kembali di kalangan kaum lelaki. Kalau dulu, sesiapa yang berjanggut pasti akan digelar pak ustaz atau geng masjid, tapi kini tidak lagi.

Berjanggut memang nampak macho kerana ianya salah satu ciri-ciri lelaki maskulin sejati. Dipadankan pula dengan kemeja T, jeans dan kasut boot, makin terserlah ketampanan seseorang lelaki itu pada pandangan wanita.

Namun, imej berjanggut ini sering dihimpit dengan kritikan seperti lelaki tak terurus, tak ada duit nak bercukur, nampak macam Mat Bangla atau Mat Pakistan dan macam-macam lagi. Jadi bagi anda yang berjanggut, pastikan ianya sentiasa dirapikan kalau tak nak kena bahan macam tu!

Selain meningkatkan imej maskulin anda, berjanggut juga baik untuk kesihatan. Ia terbukti melalui kajian saintifik yang dilakukan oleh pengkaji barat.

Mari kita lihat 5 manfaat janggut kepada lelaki yang suka membelanya seperti di bawah ;

1. Merangsang Kesuburan Wanita

images

Berjanggut bukan sahaja baik untuk lelaki, manfaatnya tempias juga kepada wanita. Janggut juga boleh merangsang dan menstabilkan kitaran haid wanita, seterusnya meningkatkan kesuburan wanita. Caranya, mudah sahaja! Iaitu dengan hanya membelai janggut lelaki. Para wanita bolehlah belai janggut suami anda kalau nak subur. Tapi suami sendiri sahaja, jangan suami orang lain!

2. Meningkatkan Tahap Kesuburan Lelaki

646xauto-kenapa-warna-janggut-berbeda-dengan-warna-rambut-150121f

Janggut dipercayai mengandungi hormon testosteron yang sangat baik untuk kesuburan lelaki. Lagi lebat janggut, lagi banyak meningkat hormon tersebut. Jadi kalau nak subur, simpanlah janggut.

3. Melindungi Wajah Dari Sinar UV

sinar_uv-dimata

Kajian dari University of Southern Queensland, Australia menunjukkan janggut dan jambang mampu melindungi kulit muka sebanyak 80%-90% daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit. Ini kerana bahagian yang dilindungi bulu seperti janggut atau jambang kurang terdedah kepada sinaran UV. Jadi, semakin lebat janggut dan jambang anda, semakin selamat kulit muka anda!

4. Baik Untuk Sistem Pernafasan

bersin-resdung

Apa kena mengena janggut dengan pernafasan? Ada. Melalui kajian, rerambut boleh bertindak sebagai penapis habuk daripada memasuki rongga pernafasan. Oleh itu, janggut amatlah baik bagi mereka yang alah dengan hama atau habuk dan terutama bagi penghidap asma.

5. Melembapkan Kulit Muka

melembap muka

Selalunya yang minat pakai pelembap muka ini adalah kaum wanita sahaja. Tapi jangan risau, lelaki juga tak perlu risau dengan masalah kulit muka kering kerana mereka dah ada pelembap semulajadi, iaitu janggut! Ini kerana bahagian kulit yang berbulu ini terdapat kelenjar sebaceous, yang merembeskan minyak dikenali sebagai sebum. Sebum bertindak melembapkan kulit muka sepanjang hari dan merawat sel-sel muka agar tak cepat tua.

 

Akhirnya, bagi umat Islam, janggut merupakan sunnah yang diwarisi daripada Nabi kita dan akan beroleh pahala bagi sesiapa yang mengamalkannya.

“Di antara fitrah dalam Islam ialah memotong misai dan memelihara janggut, bahawasanya orang-orang Majusi (menyembah berhala) memelihara misai mereka dan memotong janggut mereka, maka janganlah kamu menyerupai mereka, hendaklah kamu potong misai kamu dan peliharalah janggut kamu”(Riwayat Ibnu Hibban)

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/