5 Masalah Seks Wanita

Masalah Seks Wanita

Masalah Seks Wanita

Masalah Seks Wanita

Masalah seks wanita bukanlah perkara yang baru dihadapi oleh wanita ketika atau selepas melakukan hubungan seks bersama suami atau pasangannya. Ramai wanita yang suka menyimpan dan memendam masalah seks yang mereka hadapi demi menjaga hati pasangannya sedangkan diri mereka sendiri tidak mencapai kepuasan dan keseronokan ketika bersama dengan suami di atas ranjang.

Tidak semua hubungan intim mencapai kepuasan yang sepatutnya. Ada kajian mengatakan masalah seks wanita ini berpunca daripada sikap wanita yang enggan atau malu untuk berkomunikasi dengan pasangan dan memberitahu apa yang mereka inginkan.

Berikut di bawah ini adalah 5 masalah seks wanita yang mungkin anda boleh jadikan ia sebagai panduan demi memulihkan semula kehangatan ketika berasmara.

tumblr_static_filename_640_v2

1. Tidak Mesra

Kesibukan menguruskan perihal kerja, anak-anak serta kewangan keluarga menjadikan wanita sering penat dan tiada masa untuk berfikir mengenai seks. Fokus yang dulunya tertumpu kepada kasih sayang kepada suami sahaja kini beralih kepada pelbagai aspek. Tiada lagi geletek dan belaian manja, sentuhan rangsangan atau gurau senda sebelum melakukan hubungan intim. Ini mengurangkan kepuasan dan kemesraan dalam merai cinta di kamar tidur.

womanmanbed

2. Beza Keinginan

Seiring peredaran masa dan pertambahan masalah seks wanita, hubungan cinta yang pada awalnya berlandaskan kemesraan dan keinginan antara satu sama lain mula berubah kepada hubungan berdasarkan tanggungjawab. Menurut kajian, keinginan seks lelaki sentiasa lebih tinggi daripada wanita, justeru perbezaan keinginan ini memberi impak negatif kepada kepuasan hubungan intim masing-masing.

 af12a7cfc3e8a4335881caba32bd026e

3. Berpura-Pura

Mengapa perkara ini harus terjadi, walhal kalian berdua berhak mencapai kepuasan yang sama? Apa yang pasti, lelaki tidak menyedari masalah seks wanita yang bersikap kepura-puraan ini ketika melakukan hubungan intim, malah mereka sering tertanya-tanya apa yang wanita mahukan atau cukupkah apa yang mereka berikan. Ada sesetengah wanita inginkan rangsangan yang lebih lama, namun kerana malu, mereka pendamkan saja kerana takut dilabel sebagai kuat seks.

female-o-art

5. Menjaga Hati

Bagi sesetengah wanita, mereka tidak menyuarakan masalah seks wanita yang ada kaitan hubungan seksual kerana ingin menjaga air muka pasangan. Mereka risau jika rasa tidak puas hati dibincangkan, pasangan rasa rendah diri atau marah dengan keadaan itu. Lelaki sememangnya terkenal dengan sikap ego, apatah lagi dalam perihal seks. Jadi, mereka menganggap berdiam diri itu adalah jalan paling mudah.

013

6. Kurang Inisiatif

Masalah seks wanita adalah mereka lebih cenderung memiliki sikap menerima sahaja. Namun, wanita perlu sedar, lelaki tidak suka jika pasangan pasif dan tidak bekerjasama memberikan yang terbaik dalam hubungan seksual. Kebanyakan wanita memberi sepenuh kepercayaan kepada lelaki untuk memilih posisi, tempat romantis mahupun waktu yang sesuai untuk bercanda ria. Bukan hubungan rumahtangga sahaja yang memerlukan kerjasama dan tolak ansur, hubungan intim kalian sepatutnya boleh menjadi pengikat hubungan kasih sayang sehingga ke akhir usia.

tumblr_nq7ff8IZzE1tlb38uo1_1280

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/