5 Peraturan Di Gymnasium

Peraturan Di Gymnasium
Peraturan Di Gymnasium

Peraturan Di Gymnasium

Bersenam di gymnasium bukan seperti anda pergi berjogging di taman bunga atau kebun bunga yang mempunyai keluasan yang tiada had berbanding dengan gymnasium yang ruang dan tempatnya agak terhad. Lebih-lebih lagi pada waktu puncak dengan kehadiran orang yang ramai di gymnasium memerlukan seseorang itu peka dan bertolak ansur ketika melakukan workout.

Dalam anda tidak sedar, anda mengganggu ketenteraman orang lain ketika melakukan rutin senaman di gymnasium. Mari ikuti 5 peraturan atau undang-undang di gymnasium yang harus anda tahu bagi mengelakkan anda dilabel sebagai pengganggu tanpa sedar.

1. Membuat Bising
Berbual di telefon dengan suara yang kuat, mencarut serta menjerit kepada teman ketika bersenam anda di dalam gymnasium bukanlah perbuatan yang elok untuk dilakukan. Perlakuan ini boleh mengundang rungutan orang lain kerana tidak menghormati tempat awam.

2. Bukan Fashion Show!
Gymnasium adalah tempat untuk bersenam. Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan aktiviti anda. Jangan pula sengaja menunjukkan lurah dada atau pakai skirt pendek dengan niat sengaja menarik perhatian lelaki lain yang sedang bersenam dan mengalihkan perhatian mereka sehingga hilang fokus.

3. Hormat Niat Pengunjung Lain
Bukan semua pengunjung gymnasium itu suka untuk beramah mesra dan membuat kenalan baru. Ada yang selesa mendengar lagu atau membuat hal sendiri ketika bersenam. Jika anda ingin berbual, berbicaralah bersama jurulatih anda atau ajak kawan bersama-sama untuk bersenam.

4. Letak Barang Bersepah
Selepas menggunakan peralatan di gymnasium, letakkan kembali peralatan yang telah digunakan di tempat asal. Jangan mengharapkan orang lain untuk mengemaskannya untuk anda. Selain itu bawa tuala untuk mengelap peluh dari rumah untuk memastikan anda tidak meninggalkan peluh pada peralatan untuk digunakan oleh pengunjung lain. Biasanya ada gymnasium yang menyediakan khidmat penyimpanan barang iaitu locker dan juga tuala untuk mengelap peluh untuk pemegang kad ahli tahunan

5. Seakan Harta Sendiri
Bukan anda seorang sahaja yang bayar yuran bulanan gymnasium. Justeru, bertolak ansur dalam penggunaan peralatan dan beri peluang untuk orang lain mencubanya juga jangan buat macam harta sendiri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/