5 Perkara Potong Stim Di Ranjang

Perkara Potong Stim Di Ranjang
Perkara Potong Stim Di Ranjang

Perkara Potong Stim Di Ranjang

Sebenarnya suasana bilik tidur boleh mempengaruhi kehidupan seks anda dan suami. Jika tak kena caranya boleh potong stim untuk anda suami isteri melakukan hubungan seks di atas ranjang. Potong stim adalah perkara dimana anda dan pasangan sudah bersedia untuk berasmara dan secara tiba-tiba hilang mood akibat sesetengah perkara yang menganggu konsentrasi dan fokus anda untuk menikmati hubungan seks yang berkualiti.

Dekorasi bilik, warna dinding dan keadaan tempat tidur adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian khas buat anda dan suami bagi meningkatkan lagi hubungan asmara. Menurut pakar cinta dan seks, Laura Berman PHD, ada beberapa perkara di dalam bilik tidur yang boleh potong stim dan mempengaruhi kepuasan seks suami isteri.

Mati kita lihat 5 perkara potong stim di bawah ini ketika anda sudah bersedia berasmara bersama pasangan di atas ranjang.

1. Foto Keluarga Dalam Bilik Tidur

Memang tak ada salah jika anda meletakkan foto keluarga di dalam bilik tidur. Tapi, cubalah anda bayangkan ketika anda sedang foreplay dan hubungan asmara yang sedang memucak, tetiba sahaja mata anda terfokus pada wajah mertua atau anak-anak anda di dalam foto tersebut, apa yang akan anda rasakan? Silap haribulan  memang potong stim, kan? Secara tetiba sahaja mood asmara anda pun hilang ataupun terus menurun.

2. Hindari Bantal Atau Anak-Anak Patung Yang Berlebihan

Sebagai pasangan muda, anda tentu suka meletakkan banyak aksesori seperti bantal comel atau anak-anak patung di atas tempat tidur.  Ternyata bantal ataupun anak-anak patung tersebut mendapat ruangan yang cukup, sedangkan anda dan suami memerlukan ruang yang lebih luas dan selesa bagi aktiviti seksual yang hebat. Sebaiknya anda tempatkan ia di dalam sebuah almari khas supaya tidak “potong stim” di saat anda berdua sedang berasmara.

3. TV Dalam Bilik

Menonton TV memang ‘best’ dan seronok. Banyak informasi dan hiburan terkini yang boleh anda ketahui dengan mudah. Namun, jika anda dan suami inginkan hubungan seks yang ‘superb’, sebaiknya jangan letak TV di dalam bilik kerana ia boleh membuatkan anda hilang mood dan potong stim.

Menurut Dr. Laura, bilik tidur sewajarnya menjadi tempat yang selesa untuk menikmati hubungan seks bersama pasangan tanpa sebarang gangguan suara mahupun cahaya TV. Menurut satu kajian dari Itali, menyatakan pasangan yang mempunyai TV di bilik tidur mereka ternyata jarang melakukan hubungan seks berbanding pasangan yang tidak memasang TV di bilik tidur.

4. Cahaya Bilik Tidur

Penataan cahaya dalam bilik tidur juga perlu diberikan perhatian jika ingin meningkatkan lagi hubungan asmara di antara anda dan suami. Memasang lampu yang terlalu terang akan mengurangi mood asmara tersebut. Jadi, pilihlah lampu  berwarna suram dengan cahayanya tidak menyakitkan mata. Menurut pendapat Dr Laura, warna unggu, jingga atau caramel dapat memberikan kesan sensual dan membangkitkan rasa ghairah asmara.

5. Jauhi Telefon Bimbit & Gadget Di Dalam Bilik

Untuk sementara waktu, simpan dulu telefon bimbit dan gadjet anda di tempat selamat. Ingatlah bahawa inilah saat istimewa buat anda dan suami. Jangan sampai suara telefon bimbit  ‘potong stim’ atau membuatkan mood ‘manja-manja’ anda dan pasangan hilang dengan begitu sahaja. Jika anda tidak boleh berenggang jauh daripadanya, ubah ‘setting’ agar bunyinya  tidak memekak, cukup sekadar bergetar. Paling penting, jangan diletakkan di atas tempat tidur semua ini boleh “potong stim” anda dan pasangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/