5 Petua Atasi Nasi Mentah

masalah nasi mentah

masalah nasi mentah

masalah nasi mentah

Masalah nasi mentah menjadi igauan ngeri bagi ramai suri rumah yang ingin memastikan kesempurnaan ketika memasak untuk keluarga yang tersayang. Nasi yang dimasak kadang-kala boleh juga menjadi mentah, walaupun kita selalu masak nasi.

Sekiranya anda sebagai seorang suri rumah mempunyai masalah ketika menanak nasi dan nasi yang kita masak tidak cukup atau mentah, jangan risau kerana masalah ini masih boleh di atasi. Caranya mudah saja, kerana semuanya ada di depan mata anda.
Berikut 5 Cara Atasi Masalah Nasi Mentah :
1. Mangkuk Kecil
Letakkan sebiji mangkuk kecil dan isikan air panas. Buatkan lubang pada bahagian tengah nasi mentah tadi, kemudian letakkan mangkuk itu. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya di atas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi mentah itu tadi masak.
2. Balut Guna Plastik
Renjiskan sedikit air ke atas permukaan nasi yang kurang masak, ambil penutup periuk dan balutkan dengan plastik kemudian tutup. Biarkan masak seketika. Nasi mentah tadi akan masak sepenuhnya dan pulih seperti biasa.
3. Air Garam
Renjiskan sedikit air yang telah bercampur dengan garam ke atas nasi mentah tersebut. Kemudian nasi mentah itu, dikacau sempurna dan tutup hingga nasi itu berwap.
4. Bawang Besar
Sebiji bawang besar atau bawang merah dipotong nipis, masukkan ke dalam periuk nasi, tutup tudung periuk dan kecilkan api. Jika menggunakan ‘rice cooker’ biarkan warm up dan masukkan hirisan bawang tadi.
5. Telur Ayam
Jika nasi mentah tadi lembik, masukkan 2 biji telur ayam yang telah di basuh ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika, hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.
Semoga berjaya, buat mereka yang mencuba kaedah di atas untuk mengatasi masalah nasi mentah. Anda perlu lakukannya dengan berhati-hati dan utamakan kebersihan dalam persekitaran anda. Jangan jadikan masalah nasi mentah ini sebagai satu penghalang anda untuk menyediakan masakan paling sedap dan menyelerakan buat suami dan anak-anak kerana air tangan ibu dalam masakan adalah adalah resipi yang paling sedap untuk dinikmati oleh anak-anak anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/