5 Petua Atasi Senggugut

Senggugut

Senggugut

Senggugut

Masalah senggugut yang sering dihadapi oleh wanita ketika didatangi haid sering kali membuatkan emosi seseorang wanita itu tidak stabil. Sebagai seorang lelaki kita harus memahami masalah senggugut yang membelenggu wanita kerana apabila wanita itu  diserang senggugut akan berlaku konflik di mana dia akan mendiamkan diri dan cepat marah apabila ada sesuatu yang tidak kena pada pandangan matanya.

Masalah ini selalunya dialami oleh sesetengah wanita ketika didatangi haid. Ia adalah sakit kejang yang hadir di bahagian pinggang. Senggugut boleh mengakibatkan hilang tumpuan sewaktu melakukan aktiviti atau pekerjaan dan sememangnya mengganggu emosi wanita jika sakit berlanjutan hingga sukar untuk dikekang kesakitannya. Senggugut boleh diatasi dengan mengamalkan pantang larang ketika datang haid.

Admin ingin berkongsi 5 petua dalam mengatasi kekejangan ketika senggugut melanda.

1. Air Halia

Halia dipercayai dapat membantu dalam menyembuhkan demam, simptom selesema, sakit kepala, dan senggugut. Hiris halia, campur ke dalam secawan air panas dan minum untuk melegakannya.

2. Kerap Minum Air

Air sebenarnya membantu dalam mengelakkan sakit senggugut ketika haid. Air suam ataupun panas, kedua-duanya baik untuk melegakan kekejangan kerana ia melancarkan perdaran darah dan boleh merehatkan otot yang kejang. Selain itu ia juga membantu menyejukkan badan dari dalam jika cuaca panas dan sedikit sebanyak boleh meredakan stress akibat sakit senggugut itu tadi.

3. Elak kafein

Kurangkan atau sebaiknya hentikan seketika mengambil kafein dapat mengurangkan senggugut dan tekanan ketika haid. Minum teh chamomile untuk meredakannya.

4. Bertungku

Bertungku atau tuam di bahagian abdomen dan bahagian bawah belakang badan dapat melegakan kesakitan senggugut secara berkesan seperti mengambil pil tahan sakit. Jika anda tidak mempunyai kantung air panas atau pad pemanas, mandi dengan air suam atau gunakan tuala yang direndamkan dengan air panas.

5. Bersenam

Akitivi bersenam sebelum atau ketika datang haid semestinya membuatkan anda rasa malas dan tidak mungkin kerana kekejangan yang dialami anda sudah cukup buat anda rasa sakit. Namun, sebenarnya jika anda melakukan aktiviti yoga atau aerobik ia dapat melancarkan peredaran darah dalam tubuh badan, dan ini boleh terhasilnya endorfin yang dapat mengurangkan senggugut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/