5 Petua Kesihatan Abang Sado

Sado-01_1024x1024
Sado-01_1024x1024

abang sado

Salam mesra buat semua…. Kali ini admin akan menerangkan cara bagaimana nak menjadi abang sado atau mendapatkan badan sado macam jaguh bina badan negara tu…. Jangan risau confirm menjadi!!!.. Nak kekal sihat??.. Nak badan sado?? Ok follow tips dibawah….
1. Katakan tidak kepada rokok

no smoking

Jika anda seorang perokok, cuba berbincang dengan doktor untuk berhenti. Ini kerana rokok adalah punca kepada berbagai penyakit antaranya adalah masalah kanser dan paru-paru. Perokok yang berusia dalam pertengahan umur, mempunyai risiko kematian tiga kali ganda daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Bermacam-macam jenis bantuan yang disediakan untuk berhenti dari merokok seperti bantuan kaunseling,ubat-ubatan dan lain-lain bentuk sokongan untuk membantu seorang perokok berhenti. Anda boleh memaklumkan keluarga dan rakan-rakan bahawa anda ingin berhenti merokok dan dapatkan sokongan dari mereka.

2. Diet seimbang

diet

Makanan adalah sangat penting untuk kesihatan, kata orang, “we are what we eat” dengan makanan ini juga anda boleh berubah menjadi abang sado. Ia adalah sangat penting untuk makan pelbagai jenis makanan yang mengandungi bermacam nutrien termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran, protein (seperti daging, ikan, ayam telur,kacang, tauhu, tempe, dll) – sangat penting untuk jadi abang sado, bijirin (seperti cornflakes). Susu juga sangat penting untuk bina badan seperti abang sado. Makan 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari dan kurang lemak tepu boleh meningkatkan kesihatan dan mengurangkan risiko mendapat kanser dan penyakit kronik yang lain. Sangat penting untuk menghadkan lemak tepu, kolesterol dan garam dalam diet seharian.

3. Gaya hidup yang aktif

Man breathing exercise

Ramai rakyat Malaysia yang masih tidak mempunyai kesedaran tentang senaman ataupun gaya hidup aktif ini. Untuk badan yang sihat dan bebas daripada obesiti dan penyakit-penyakit kronik kita di galakkan untuk bersenam.Aktiviti fizikal seperti berjalan , tarian, menunggang basikal, berenang selama 30 minit sehari, 3 hingga 5 kali seminggu sudah cukup untuk mendapatkan hidup yang aktif, tetapi untuk menjadi abang sado anda digalakkan untuk melakukan lebih daripada 30 minit sehari dan melakukan senaman yang lebih berat seperti angkat berat.

4. Kekalkan BMI

34d67-weight-loss-diet

Obesiti adalah salah satu masalah yang kronik di Malaysia dimana semakin hari, semakin bertambah teruk. Mereka yang mempunyai berat berlebihan atau obes meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan angin ahmar. Cara yang terbaik untuk mengatasi obesiti ini adalah dengan mengekalkan BMI dengan mengimbangi jumlah makanan dengan kalori yang dibakar dengan melakukan aktiviti. Untuk mengetahui dengan lebih terperinci bolehlah berjumpa dengan doktor anda. Baru boleh jadi abang sado.

5. Pengurusan tekanan

stress2

Tekanan kerja seharian termasuklah tekanan di tempat kerja akan menimbulkan ancaman terhadap kesihatan pekerja dan juga kepada organisasi. Untuk mengimbangi antara kerjaya dan keluarga boleh menajdi sangat sukar jika anda tidak pandai untuk membahagikan masa anda. Oleh itu, pembahagian masa sangat penting untuk anda menguruskan tekanan diri. Selain itu, anda dapat melindungi kesihatan mental dan fizikal anda dengan melibatkan diri dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang anda sukai seperti bersukan. Hal ini dapat membantu anda untuk mengurangkan tekanan hidup anda.

Walau sesado mana pun seseorang itu namun jika terdengar azan subuh berkumandang dan tidak larat mengangkat selimut untuk mengambil wuduk untuk menunaikan solat fardhu Subuh seseorang itu hanya sado di dunia sahaja tidak sado akhirat. Semoga bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/