5 Petua Rawat Migrain

migrain
migrain

migrain

Apa itu migrain? Migrain adalah satu keadaan di mana kepala anda akan berasa sakit berdenyut-denyut sehinggakan tidak boleh berbuat apa-apa kerja disebabkannya.

Ada banyak faktor punca berlakunya penyakit migrain ini antaranya ialah banyak berfikir, kurang tidur, minum minuman berkafein seperti nescafe yang menyebabkan anda sukar tidur malam dan masalah peribadi yang melanda.

Cuaca panas terik juga boleh menyebabkan migrain akibat kepala  terdedah terlalu lama pada cahaya matahari, lebih-lebih lagi jika anda kurang minum air. Badan anda pasti akan mengalami dehidrasi atau kekurangan air.

Selain menelan ubat penahan sakit ataupun menyapu minyak angin di kepala untuk mengurangkan atau merawat migrain ini, ada beberapa jenis minuman yang boleh anda amalkan untuk memberi kelegaan dengan menghilangkan atau mengurangkan sakit migrain ini. Antaranya adalah :

1. Teh Hijau

teh hijau

teh hijau

Teh hijau kaya dengan antioksidan yang bertindak sebagai rangsangan kepada sistem saraf untuk mengurangkan tekanan yang selalunya menjadi punca seseorang mendapat sakit migrain.

2. Kopi

air kopi

air kopi

Elakkan minum kopi pada waktu malam untuk mengelakkan waktu tidur anda terjejas. Ini kerana kandungan kafein di dalam kopi juga membantu membuatkan badan anda berasa lebih segar. minum air kopi pada siang hari membuatkan kafein yang terdapat dalam kopi mampu mengurangkan rasa sakit migrain.

3. Teh Hitam

teh hitam

teh hitam

Seperti juga kopi, teh hitam mengandungi kafein yang kerap dijadikan bahan utama dalam proses membuat ubat untuk penawar sakit migrain. Jadi untuk mengurangkan atau menghilangkan rasa sakit migrain, anda juga boleh amalkan minum teh hitam.

4. Air Sejuk

air sejuk

air sejuk

Air sejuk bukan sahaja mampu menyejukkan badan ketika waktu cuaca panas, tetapi kesan dari pengambilan air sejuk dapat meningkatkan pengaliran darah ke otak dan membantu mengurangkan rasa sakit migrain.

5. Teh Halia

teh halia

teh halia

Teh Halia dikatakan bukan sahaja berkesan untuk mengurangkan rasa sakit migrain tetapi ia juga sesuai diminum untuk menghilangkan rasa loya. Selalunya bila rasa pening kepala, akan menyebabkan rasa loya. Selain meminum teh halia segera (yang hanya perlu tambah air panas), anda juga boleh membuat teh halia sendiri di rumah. Caranya anda hanya perlu bancuh teh seperti biasa dan tambahkan seinci halia yang telah ditumbuk sedikit.

Musim panas yang sedang melanda negara ini, anda memang perlu lebihkan pengambilan air untuk mengelak dari berlakunya masalah kekurangan air dalam tubuh anda. Selain berfungsi sebagai bahan merawat sakit migrain, jus buah-buahan segar juga bagus, bukan sahaja untuk menghidrasi badan tetapi dapat membekalkan vitamin-vitamin yang penting untuk badan anda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/