5 Petua Untuk Bertenaga

Kekal Bertenaga
Kekal Bertenaga

Kekal Bertenaga

Banyak petua atau cara untuk anda kekal bertenaga sepanjang hari di pejabat mahu pun di rumah. Untuk kekal bertenaga pastinya orang akan menganggap ianya berkait rapat dengan waktu rehat yang lama dan tidur yang mencukupi. Ya betul, admin tak boleh nafikan dengan waktu rehat dan tidur yang mencukupi boleh membantu seseorang itu re-charge dan kekal bertenaga. Namun jika terlalu lama tidur dan berehat badan anda juga akan cepat letih dan lesu senang cakap malas.

Setiap kali selepas makan tengah hari, badan terasa lesu dan mengantuk yang mengurangkan produktiviti anda di pejabat. Mengapa ya? Dari jam 1 sehingga ke 3 petang, suhu badan kita menurun dan merangsang pengeluaran melatonin yang membuatkan kita merasa mengantuk.

Baiklah, admin ada cara bagaimana anda boleh kekal bertenaga dan mengurangkan rasa mengantuk di pejabat.

1. Flirting

Apa kata anda cuba mengacau atau mengurat gadis manis yang selalu anda lihat di pejabat. Menurut kajian, aktiviti ‘nakal’ ini menggalakkan jantung mengepam darah seterusnya merangsang pengaliran darah yang memberikan anda tenaga secara semulajadi untuk anda kekal bertenaga di sepanjang hari.

2. Hidu Bau-bauan Menyegarkan

Beli semburan wangian atau losyen yang mempunyai aroma yang menyegarkan kerana anda akan turut merasa segar dan bertenaga setelah menghidunya. Bau-bauan sitrus, pudina dan lilin beraroma jasmin mampu memberikan anda kecerdasan otak dan kecergasan fizikal. Elakkan bau-bauan seperti lavender kerana ia boleh membuatkan anda merasa mengantuk.

3. Pilih Pakaian Berwarna Terang

Menurut Lee Eisemen seorang pakar warna daripada Pantone Institute, sekiranya anda memakai warna yang terang, tenaga yang dibawa oleh warna pakaian boleh diserap oleh anda sekaligus membuatkan anda bertenaga. Warna-warna seperti merah, fuchsia dan biru terang membawa aura yang bertenaga dan anda digalakkan memakai warna-warna ini untuk mengurangkan kelesuan anda setiap hari.

4. Dedahkan Diri Kepada Cahaya

Ambil masa lima minit untuk keluar dan dedahkan diri anda kepada cahaya matahari atau berdiri dan berjalan di bawah lampu di pejabat anda. Lebih berkesan sekiranya sekali sekala anda melihat lampu tersebut. Cahaya matahari adalah sumber tenaga kepada hidupan di bumi dan tidak terkecuali juga manusia.

5. Kunyah Gula-gula Getah

Menurut Alan Hirsch, Pengasas dan Pengarah Yayasan Penyelidikan Neurologi, rasa dan bau pudina merangsang saraf trigeminal yang disambungkan kepada bahagian otak yang mendorong anda untuk berjaga. Mengunyah gula-gula getah boleh menghalang anda daripada merasa mengantuk dan kekal bertenaga.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/