5 Punca Gusi Bengkak

Punca Gusi Bengkak
Punca Gusi Bengkak

Punca Gusi Bengkak

Banyak punca atau penyebab gusi bengkak.Tentu ada di kalangan kita yang pernah mengalaminya. Sengsaranya hanya Tuhan sahaja yang tahu! Ada juga individu yang tidak menyedari gusinya bengkak kerana tidak berasa sakit. Namun, jika dibiarkan berlarutan tentunya akan menyebabkan rasa amat tidak selesa terutama waktu hendak menjamu sebarang makanan.

Penyakit gusi bengkak ini bermula dengan sedikit keradangan pada gusi dan melarat hingga merosakkan tisu lembut dan tulang yang menyokong gigi. Bakteria menyebabkan keradangan gusi bengkak ini yang dinamakan gingivitis di mana gusi menjadi merah, bengkak dan mudah berdarah.

Punca Gusi Bengkak Terjadi

1. Kehamilan

Tempoh kehamilan merupakan masa yang sangat berpotensi untuk gigi anda rosak dan juga juga terjadinya pembengkakan gusi. Hal ini terjadinya kerana ibu hamil biasanya mengalami kekurangan kandungan gizi dalam badan disebabkan zat tersebut disalurkan ke janin yang sedang dikandungnya.

2. Kekurangan Vitamin

Kekurangan vitamin terutamanya Vitamin C merupakan punca gusi bengkak.

3. Kebersihan Mulut

Kebersihan mulut menjadi hal utama yang harus diperhatikan dalam menjaga kesihatan mulut dan juga mengatasi gusi yang bengkak. Bermula pada saat anda makan maka sisa makanan akan melekat pada pada celah-celah gigi dan gusi yang meningkatkan risiko terjadinya gusi bengkak. Oleh itu,selalulah berus gigi anda setiap kali selepas makan. Fokuskan juga memberus bahagian lidah dan kawasan sekitar mulut.

4. Pemakaian Braces

Pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ juga merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Jika braces dipasang terlalu rapat dengan gusi, maka ia akan memberikan tekanan yang membuat berlakunya iritasi.

5. Pemakanan Yang Tidak Sihat

Amalkan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi banyak gula merupakan punca tercetusnya gusi bengkak. Oleh itu, tukarkan diet anda dengan makanan yang seimbang dan hindarilah makanan yang mengandungi banyak gula.

 

Tanda-Tanda Gusi Bengkak

  • Mulut akan berbau busuk.
  • Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras.
  • Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah.
  • Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/