5 Punca Kaki Cedera

Kaki Cedera
Kaki Cedera

Kaki Cedera

Masalah kaki cedera bukanlah perkara yang baru bagi ahli sukan dan juga mereka yang suka bersenam menggunakan pergerakan kaki seperti bermain bola sepak, futsal, badminton dan berlari. Masalah kaki cedera di bahagian buku lali yang membengkak akibat terseliuh dan tersilap langkah pada lutut lalu menyebabkan ACL juga antara simpton kaki cedera yang kerap terjadi ke atas mereka ini.

Berilah rehat kepada kaki anda. Kaki terdiri daripada 56 tulang. Tahukah anda, masalah kaki cedera walaupun sedikit tidak boleh menerima impak lain? Itulah kesilapan sesetengah lelaki, yang gemar membiarkan kaki cedera menjadi lebih teruk kerana tidak mahu merawatnya.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 punca masalah kaki cedera yang perlu anda ketahui.

1. Guna Satu Kasut

Sekiranya anda bekerja hampir setiap hari, seeloknya anda mempunyai dua pasang kasut. Jangan pula ‘lenjan’ satu pasang kasut sahaja. Apabila kasut tersebut sentiasa dipakai, ia akan ‘ditekan’ sehingga tidak mampu memberi perlindungan kepada kaki anda lagi. Bergantung pada betapa kuat anda bekerja dan sekerap mana anda berpeluh, begitu jugalah anda harus membeli kasut baharu.

Info:- Panduan paling mudah untuk mengetahui bilakah masa terbaik untuk menukar kasut anda adalah apabila anda sudah berjalan dengannya sejauh 300-500 batu. Walaupun begitu, jika anda sudah dapat merasa ada yang tidak kena dan menyebabkan kaki cedera ketika memakai kasut tersebut, ketika itulah anda digalakkan untuk menukar kasut baharu. Kasut lama menyebabkan anda mendapat sakit lutut, pergelangan kaki tergeliat, dan sebagainya.

2. Paksa Pakai Kasut Sempit

Kasut yang sempit pada bahagian hadapannya sangat tidak baik untuk dipakai. Ia akan memaksa kaki untuk memenuhi ruang sempit pada bahagian kasut sekaligus menyebabkan kaki cedera. Apabila ini berlaku, jari-jari kaki akan terlipat. Apabila jari kaki menghempap jari di sebelahnya, ia akan menekan kuku dan menyebabkan kaki cedera dan rasa sakit.

Info:-  Apabila kasut yang dipakai tidak selesa, ia akan menyebabkan melecet. Sesudah anda membuka kasut dan mendapati terdapat gelembung air pada jari kaki anda, bermakna anda harus berhenti memakainya. Beli kasut dengan material lembut seperti kulit bagi mengelakkan bengkak dan sebagainya.

3. Pertambahan Berat Badan

Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan bengkak kaki. Apabila kaki sudah tidak mampu menampung berat tubuh, ketika inilah ia mudah tercedera. Sebuah bancian oleh American Orthopaedic Foot and Ankle Society terhadap 6,000 responden menunjukkan 41 peratus daripadanya mengalami kecederaan kaki kerana berat badan berlebihan. Kajian menunjukkan, naik berat badan walaupun sekadar 10 paun boleh menjadi pencetus masalah pada kaki.

Info:- Pesakit yang menjalani pembedahan kaki, berjumpa pakar kerana kesakitan tumit dan pergelangan kaki serta menukar saiz kasut kerana nasihat doktor kebanyakan mempunyai anggaran BMI hampir 28. Seperti mana yang kita ketahui, BMI normal adalah di antara 18.5-24.9.

4. Tidak Pakai Stoking

Jika memakai kasut tanpa stoking, kaki cenderung mendapat serangan kulat dan kaki cedera melecet. Tambah Dr. Fullem lagi, kebanyakan kaki yang dijangkiti kulat adalah milik atlet. Mengapa?

Info:- Apabila kaki dibasahi peluh, ia akan menggalakkan pertumbuhan kulat kerana semua kelembapan tidak diserap. Pemakaian stoking membantu serapan kelembapan ini, sekali gus mengelakkan kulat daripada menyerang.

5. Pilih Fesyen, Bukan Fungsi

Setiap kaki adalah berbeza. Apabila anda memilih kasut, pastikan ia sesuai mengikut bentuk dan saiz kaki anda dan yang paling penting selesa. Elakkan memilih kasut kerana anda minat dengannya. Memilih kasut sukan terutamanya, anda harus lebih peka dan pastikan ia bersesuaian dengan aktiviti kecergasan yang anda lakukan.

Info:-  Memilih kasut yang salah akan meningkatkan risiko kecederaan, tekanan pada fraktur kaki, dan sakit lutut.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/