5 Punca Kekasih Sakit Hati

Sakit Hati

Sakit Hati

Sakit Hati

Apakah punca atau perkara yang boleh menyebabkan isteri atau kekasih anda sakit hati? Sakit hati yang dimaksudkan ialah perlakuan atau gelagat yang anda lakukan ketika bersamanya tidak disenangi. Sakit hati atau cemburu adalah lumrah dalam percintaan oleh sebab itu lah komunikasi dan perbincangan untuk menyelesaikan masalah yang terbuku di hati masing-masing dapat diselesaikan dengan cara baik.

Perhubungan yang serasi boleh memberikan seseorang itu kebahagiaan dan kesihatan. Pasangan yang sihat memerlukan komunikasi dua hala, respek dan tabiat yang baik kedua-dua pihak. Ketahui beberapa perkara yang boleh menyebabkan kekasih sakit hati dalam perhubungan antara kamu dan si dia.

1. Melekat Dengan Si Dia

Setiap orang perlukan masa untuk diri sendiri. Jangan asyik nak melekat dengan dia setiap hari, takut lama-lama nanti jadi bosan dan sakit hati. Apabila pasangan kamu sudah puas bersendirian, ia akan menjadikan masa bersama itu lebih berharga.

2. Mengintip

Bila terlalu cemburukan si dia, mulalah kamu nak mengintip pergerakannya setiap masa. Kepercayaan terhadap pasangan adalah kunci kebahagiaan. Hormat privasi si dia, jangan curi baca e-mel, pesanan ringkas (SMS) dalam telefon atau apa sahaja yang mengganggu hak peribadinya kerana ini akan menyebabkan anda hilang kepercayaan dan sakit hati apabila dia mencurigai diri anda setiap masa.

3. Pergaduhan

Dalam hubungan, perselisihan faham akan mematangkan kedua-dua pihak dan menjadikan kamu berdua lebih memahami antara satu sama lain. Jangan gaduh hal yang remeh kerana ia akan membuatkan pasangan kamu naik muak dan sakit hati.

4. Memendam Rasa

Jika kamu atau si dia mempunyai rasa tidak puas hati atau sakit hati tentang sesuatu perkara, eloklah dibawa berbincang. Usah pendamkan rasa tidak puas hati itu sehingga menjadi bengkak dan terpendam menjadi barah yang boleh merosakkan hubungan kamu kelak.

5. Cemburu Buta

Adakah kamu seorang yang kuat cemburu? Jika ya, elakkan dari aktif melayari media sosial seperti Facebook danTwitter. Jangan terlalu cemburu tak tentu fasal, kerana sifat cemburu kamu itu akan membuatkan kamu makan hati, sakit hati dan memberi impak yang tidak baik dalam perhubungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/