5 Resolusi Hubungan Intim

Hubungan Intim
Hubungan Intim

Hubungan Intim

Bertahun-tahun sudah mengikat tali perkahwinan, pastinya hubungan intim itu semakin pudar jika tiada sebarang perkara baru dalam hubungan kalian. Jika selera dan semangat menikmati hubungan seks semakin pudar, sudah tibanya anda mencuba resolusi ini agar hubungan intim anda dan pasangan lebih segar sentiasa.

Admin ingin kongsikan bersama pembaca Petua Bahagia  5 resolusi untuk eratkan hubungan intim kala di kamar tidur untuk pasangan suami isteri.

1. Berani Mencuba

Explore dan tampil dengan idea-idea baru untuk menghangatkan hubungan. Cuba posisi dan lokasi yang baru. Menjalin hubungan seks pada waktu yang berlainan daripada kebiasaan juga dapat membawa pembaharuan pada hubungan intim. Misalnya jika selama ini anda melakukan hubungan seks pada waktu malam, apa kata anda cuba waktu tengah hari. Ia satu kelainan yang mesti dicuba.

2. Tonton Filem Seksi

Jangan silap, yang dimaksudkan bukan filem porno tetapi filem romantik yang mempunyai elemen seks. Definisi seksi itu sendiri berbeza mengikut individu. Misalnya, Brad Pitt, George Clooney mahupun Keanu Reeves. Tonton filem pilihan anda bersama-sama pasangan dalam suasana romantik yang mampu membangkitkan selera seks anda berdua sebelum melakukan hubungan intim.

3. Wajah Baru

Tampilkan imej baru. Misalnya dapatkan potongan rambut terbaru, mewarnakannya, mendapatkan rawatan manicure, pedicure ataupun membeli pakaian tidur baru. Imej dan wajah yang lebih segar, membangkitkan nafsu pasangan anda untuk dia merasa ghairah untuk melakukan hubungan intim setiap kali melihat wajah anda. Seolah-olah bersama teman baru, lantas menghapuskan rasa bosan. Anda sendiri tentunya hilang selera jika pasangan masih dengan wajah dan rupa yang sama. Aktiviti menggoda bukanlah tugas 10 minit sebelum bersama, sepatutnya ia bermula lebih awal, mungkin anda patut memulakan tugasan menggoda seawal menikmati makan malam.

4. Turunkan Berat Badan

Jika dulu pinggang anda bersaiz 26 kini naik ke angka 30 dan ke atas, maka tepat masanya untuk anda menurunkan berat badan. Bentuk badan yang berisi antara faktor mengapa lelaki semakin pudar untuk melakukan hubungan intim dan selera seksnya menurun. Melihatkan pasangan yang dulu ramping kini sudah bertukar rupa, luput nafsunya. Jika berlaku sekali pun hubungan itu ia akan selesai dalam jangka masa yang singkat. Mulakan diet, dan lebih elok jika anda menikmati hidangan yang mampu meningkatkan selera seks.

5. Komunikasi

Dalam hubungan intim, perbaiki komunikasi dan lebih terbuka apabila berbicara tentang hubungan seks anda berdua. Beritahu apa yang anda suka dan tidak suka pabila bersama selama ini. Pasangan anda perlu tahu kekurangan dan kelebihan mereka. Ketepikan rasa malu kerana ia adalah kebaikan untuk hubungan suami isteri.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/