5 Sebab Lelaki Suka Wanita Tanpa Mekap

Wanita Tanpa Mekap
Wanita Tanpa Mekap

Wanita Tanpa Mekap

Wanita tanpa mekap yang berani keluar rumah adalah seorang yang mempunyai daya keyakinan diri yang tinggi dan hebat. Ini kerana bukan semua wanita tanpa mekap itu tidak cantik, wanita tanpa mekap dapat menyerlahkan wajah sebenar natural beauty iaitu kecantikan semulajadi nampak lebih anggun, ayu, seksi dan membuatkan kaum lelaki tidak tidur malam.

Mungkin ramai sudah tahu yang kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Namun begitu tidak ramai yang tahu apa sebab di sebaliknya. Di sini admin bongkar 5 sebab lelaki suka wanita tanpa mekap.

181-menjadi-cantik-tanpa-harus-operasi-plastik20140521155129

1. Cantik Luaran Tidak Penting

Pada peringkat awal perhubungan, cantik luaran sememangnya dipandang lelaki. Tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, si dia akhirnya akan merasa bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

resep-cantik-alami

2. Lelaki Tidak Suka Menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

Di-Meja-Makan-Yoona-SNSD-Tetap-Cute-Tanpa-Make-Up-1

3. Suka Wanita Yang Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita tanpa mekap itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Sekiranya anda berani keluar dengannya tanpa secalit pun mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

post_4104_2015_09_25_ini-lho-4-manfaat-wanita-tidak-suka-pakai-makeup-tebal

4. Tidak Suka Wanita Obses

Lelaki sukakan wanita tanpa mekap yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Walaupun mahu ke kedai mamak, anda sudah mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga menganggapnya sebagai ‘tuhan’ dan tidak boleh hidup tanpanya.

cantik-alami

5. Suka Melihat Anda Ketika Bangun Tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wanita tanpa mekap yang mempunyai wajah yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

3-langkah-mudah-tampil-cantik-tanpa-makeup

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/