5 Sebab Penyakit Autisme

Sebab Penyakit Autisme
Sebab Penyakit Autisme

Sebab Penyakit Autisme

Penyakit autisme merupakan penyakit yang terjadi akibat adanya gangguan pada perkembangan otak. Gangguan tersebut membuatkan penghidap penyakit autisme mengalami masalah daripada segi komunikasi, interaksi sosial dan juga perilaku.

Biasanya anak-anak yang mengalami sindrom penyakit autisme memiliki wajah polos dan bersifat naif. Anak-anak dengan sindrom autisme ringan juga tidak berupaya untuk berpura-pura atau berbohong kerana mereka selalu mengatakan sesuatu secara jujur dan ada apanya.

Bagi anda yang memiliki anak istimewa ini, anda dan pasangan harus lebih sabar dalam memberi penjagaan terbaik buatnya.

Faktor-Faktor Penyebab Penyakit Autisme

1. Faktor Genetik

Faktor genetik, iaitu faktor keturunan. Jika ada salah seorang daripada ahli keluarga yang menghidap autisme, maka peluang untuk anda melahirkan anak autisme menjadi lebih tinggi.

2. Ketidakseimbangan Neurotransmitter

Perkembangan otak, dalam perkara ini ketidakseimbangan neurotransmitter (dopamine dan serotonin) juga dapat menyebabkan penyakit autisme pada anak.

3. Melahirkan Anak Pada Usia Tua

Usia anda dan pasangan juga turut mempengaruhi terjadinya penyakit autisme. Semakin tua usia anda memiliki anak, maka semakin tinggi  anak anda terkena autisme.

4. Kesan Ubat-Ubatan

Pengaruh ubat-ubatan juga dapat memberikan impak autisme terhadap anak-anak. Terutama ubat-ubatan yang anda ambil ketika mengandung. Misalnya, ubat mencegah rasa mual dan muntah, ubat insomnia dan sebagainya.

5. Kandungan Zat Pestisida

Kandungan pestisida yang tinggi pada makanan juga boleh menyebabkan penyakit autisme. Zat pestisida yang tinggi boleh menganggu fungsi gen yang terdapat pada sistem saraf pusat.

Cara Mudah Mengenali Gejala Penyakit Autisme

Gejala penyakit autisme sudah boleh dikenalpasti ketika anak anda berusia di bawah tiga tahun. Namun, ada juga ibu bapa yang sudah dapat mengagak atau meneka gejala tersebut ketika anak mereka berusia sembilan bulan lagi.

Antaranya:

  • Anak tidak memiliki daya tarikan untuk bergaul dengan anak-anak atau teman-temannya yang lain.
  • Anak akan mengalami masalah lambat untuk bercakap atau bahkan tidak dapat bercakap.
  • Anak anda tidak pernah menatap mata anda lebih daripda dua minit.
  • Anak jarang meniru ekspresi atau raut wajah anda.
  • Anak tidak memberikan tindak balas pada saat anda memanggil namanya.
  • Anda yang menderita penyakit ini, biasanya tidak suka dipeluk. Sebaliknya, suka menjauh dan menyendiri.
  • Mudah tertarik atau terpaku pada benda-benda yang berputar seperti roda.
  • Adakalanya kelihatan sangat hiperaktif, namun ada juga yang terlalu pendiam.
  • Tidak dapat mengawal emosi, sehingga kerap mengamuk dan menjerit serta membaling-baling barang.
  • Suka menyusun objek mengikut susunan tersendiri.
  • Tidak menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk sebarang objek.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/