5 Sebab Wanita Suka Membebel

Wanita Suka Membebel
Wanita Suka Membebel

Wanita Suka Membebel

Wanita memang tidak boleh dipisahkan dari sikap suka membebel. Membebel atau berleter adalah sikap semulajadi yang ada pada diri wanita yang bergelar isteri dan ibu. Membebel bukanlah membenci atau tidak suka kepada orang yang disayanginya tetapi membebel untuk memberi teguran dan nasihat.

Memang semua orang lelaki tidak suka dibebel kerana ianya seolah-olah kesalahan itu besar padahal ianya hanya benda yang remeh temeh je. Tetapi sebagai seorang suami atau anak anda harus fahami naluri dan isi hati seorang isteri dan ibu kerana mereka ini membebel ada sebab bukannya sekadar suka-suka atau saja-saja. Untuk elakkan isteri atau ibu anda memebebel mudah sahaja pastikan andan jangan buat apa yang mereka tidak suka dan selalu ringankan tulang membantu membuat kerja-kerja di rumah.

Sering kali kita dengar si suami akan meluahkan perasaannya tentang pasangan masing-masing. Biarpun wanita itu sering dipujanya, lelaki tetap tidak akan berkompromi jika perkara remeh temeh turut dibebel pasangan.

Mari bersama admin kita bersama mendalami isi hati wanita untuk mengetahui sebab apa mereka suka membebel.

KENAPA PASANGAN SUKA MEMBEBEL?

  • Pasangan memang suka bercakap
  • Akan menegur sesuatu yang dirasakan perlu
  • Inginkan suatu kepastian
  • Berasa diri tidak dihargai
  • Berasa sunyi
  • Berasa tertekan kerana penat
  • Menganggap lelaki (pasangan) tidak memahami dirinya
  • Tempat untuk meluahkan rasa marah dan geram
  • Sebagai tanda amaran

FAHAMI JIWA DAN PERASAAN

1. Cuba Tanya Apa Masalahnya
Anda harus peka dengan setiap perubahan yang berlaku kepada pasangan. Kalau muka si isteri berkerut seribu atau pertanyaan anda tidak berjawab, cubalah selidik apa masalah yang dihadapi. Mungkin mengabaikannya atau lebih mementingkan anak-anak daripada dirinya atau perkataan anda mengguris hatinya.

2. Memohon Maaf
Ucapan maaf tidak hanya tertumpu ketika Hari Raya sahaja. Kadang-kadang tingkah laku yang tidak disedari boleh mengguris hati dan perasaan pasangan. Biarpun anda merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan, jangan pula ego untuk meminta maaf.

3. Jangan Buat Tidak Tahu Sahaja
Perkara yang paling geram ialah apabila si dia membebel, si lelaki boleh pula buat tidak tahu sahaja. Lebih teruk ada yang terus pakai earphone atau pasang radio kuat-kuat supaya suara si isteri tenggelam dalam bunyi radio. Perlu diingat, wanita tidak akan membebel sembarangan jika pinggan mangkuk dibiarkan bertimbun di dalam sinki sedangkan si isteri tidak menang tangan menguruskan anak-anak yang nakal. Cuba fahami jiwanya.

4. Berdiam diri, Jangan Menjawab
Ada wanita yang membebel tetapi lelaki boleh pula mengeluarkan kata-kata kesat seperti “ Awak ni tidak ada kerja ke membebel sahaja! Atau paling teruk, “ Janganlah membebel sahaja, naik pening kepala saya ni!. Seboleh-bolehnya janganlah mengharapkan si isteri yang hanya berdiam diri ketika anda balik lewat, ketika anda bangun lewat atau ketika anda terlalu sibuk dengan urusan kerja sehingga tidak membalas setiap pesanan ringkasnya. Gunakan peranan “senyap” sebagai reverse psychology.

5. Belajarlah Memujuk
Biasanya wanita akan membebel jika ada sahaja perkara yang menyakitkan hatinya. Sikap dan tingkah laku seseorang lelaki juga boleh menyebabkan si dia membebel tanpa sebab. Jadi janganlah biarkan wanita merajuk sepanjang hari. Kalau boleh pujuklah dia dengan kata-kata manis yang boleh mengubat hatinya. Wanita akan berasa dirinya dihargai setelah seharian penat menguruskan anak-anak dan keperluan rumah.

Kalau boleh elakkan bergaduh besar sebelum tibanya waktu tidur. Lelaki akan setia dengan egonya dan wanita pula janganlah turut ego. Sama-samalah bertolak ansur dan ‘cool’ demi sesebuah perhubungan yang baik dan bahagia.

INFO PETUA BAHAGIA

  • Lumrah semula jadi perempuan yang memiliki paras hormon estrogen berlebihan gemar meluahkan perasaan dan pendapat seolah-olah seperti sedang membebel.
  • Telah terbukti perempuan boleh melontarkan 30,000 kuota simbol dan kata-kata dalam sehari sedangkan lelaki hanya mampu melontarkan sebabnya 7,000 kuota simbol sahaja.
  • Lelaki akan membebel jika dirasakan wanita suka dipengaruhi sahaja.
  • Lelaki pula jarang membebel, tetapi jika dia membebel akan disusuli dengan sikap tegas dan ada kalanya sedikit marah.
  • Pakar Motivasi, Datuk Dr. Mohd Fadzilah Kamsah memberitahu tujuan utama wanita terutama isteri berleter ialah untuk membuktikan kasih dan sayang kepada pasangan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/