5 Sikap Buruk Membeli Belah

Sikap Buruk Ketika Membeli Belah

Sikap Buruk Ketika Membeli Belah

Sikap Buruk Ketika Membeli Belah

Memang seronok membeli belah, masakan tidak, sana sini ada sahaja potongan yang sangat menarik diadakan untuk menarik perhatian kita membeli belah. Bilangan pengunjung yang membeli belah di setiap pusat membeli belah terutama kala awal bulan dan cuti sekolah membanjiri untuk berbelanja atau sekadar menjamu mata. Dalam sibuk membeli belah, pasti anda akan terjumpa dengan orang yang mempunyai attitude atau sikap buruk pelbagai jenis yang menjengkelkan ketika membeli belah.

Baiklah, untuk artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 sikap buruk ketika membeli belah. Dan adakah anda tergolong seperti orang yang mempunyai sikap self fish di bawah ini?

1. Kereta Sorong
Orang yang sangat ramai kadang-kadang menyesakkan laluan kita nak membeli belah. Lagi-lagi dengan anak kecil yang berlari sana sini bermain, menyukarkan pergerakan kita. Tambah sukar bila ada ibu bapa yang tidak bertanggungjawab meninggalkan kereta sorong bayi di tengah-tengah laluan dalam kedai. Kan dah menyusahkan orang lain.

2. Si Pemotong Barisan
Haih memang berbulu. Kita penat-penat beratur nak bayar, dah pula tu, kaunter yang buka cuma satu. Akan ada manusia yang tiba-tiba datang buat muka tak bersalah, letak barangannya di kaunter dan buat bayaran tanpa segan silu.

3. Si Penjaga Barisan
Sudahlah panas hati dengan si pemotong barisan, tiba-tiba entah dari mana datang sekawan manusia berdiri depan kamu menanti giliran untuk membayar. Oh! Rupanya ada yang tolong jagakan barisannya. Elok-elok kamu orang ketiga, tak pasal-pasal jadi yang ketujuh untuk bayar.

4. Si Tukang Tunjuk
Nak tinggalkan barisan, rasa sayang sebab dah lama beratur. Tapi kamu dah lewat nak bergegas ketempat lain. Waktu itu akan ada manusia yang berdiri depan kamu (dalam barisan) sedang mengarahkan anak atau kawannya untuk mengambil barang-barang lain sambil terjerit-jerit. Sebenarnya dia tidak mahu kehilangan giliran untuk membayar di kaunter!

5. Si Penjaga Bilik Persalinan
Membeli belah ketika waktu puncak memang banyak cabarannya. Lagi-lagi bila ingin mencuba pakaian. Kalau sampai bilik persalinan orang tiada tak apa, tapi kalau barisannya pun dah sama panjang macam dikaunter bayaran! Nak tak nak kena tunggu sebab baju mesti dicuba! Sangat menjengkelkan bila akan ada orang yang tolong menjagakan bilik persalinan untuk ‘dia’ sementara ‘dia’ pergi mencari baju apa lagi untuk dicuba.  Sabar jelah!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/