5 Tabiat Baik Untuk Kesihatan

Tabiat Baik
Tabiat Baik

Tabiat Baik

Tabiat atau habit seseorang adalah perlakuan atau tingkah laku yang kerap dilakukan secara berulang-ulang tanpa kita sedari, Ada jenis tabiat yang baik dan ada juga tabiat yang buruk seperti berikut mungkin anda sendiri tidak perasan bahawa anda sendiri melakukannya.Sebenarnya ia adalah tabiat baik buat kesihatan anda tanpa anda sedari.

Mari kita ketahui 5 tabiat baik seperti dibawah ini.

1. Jika anda gemar mengambil protein, pastikan mengambilnya pada sarapan pagi

Masa yang sesuai untuk mengambil protein adalah pada waktu pagi kerana ia boleh mengelakkan ketagihan atau mudah lapar. Tabiat pengambilan protein atau suplemen harus dipastikan yang ianya serasi dan sebelum itu dapatkan nasihat doktor atau pihak farmasi mengapa badan anda perlukan protein atau lain-lain suplemen.

2. Flos gigi anda selepas memberus gigi

Pastikan tabiat memberus gigi anda terlebih dahulu sebelum anda menggunakan flos kerana ianya untuk membersihkan celah-celah gigi. Tips baik adalah guna flos dengan membuat bentuk C ketika menggunakannya pada celah gigi dan dengan gerakan lembut ke atas dan ke bawah.

3.Pastikan anda rendam uncang teh selama lima minit

Sebenarnya ada baiknya jika anda meneruskan tabiat baik anda dengan merendam uncang teh lebih lama dan biar ia larut sebati dengan air. Ini kerana kandungan teh boleh mengurangkan risiko serangan jantung, kanser, diabetes dan penyakit Parkinson.

4. Hembus keluar lendir dengan sebelah bahagian liang pernafasan hidung

Tabiat menghembus hidung anda dengan kuat dan menggunakan kedua-dua belah liang hidung boleh membuatkan kecederaan pada dinding dalam hidung anda dan mengakibatkan lendir masuk ke bahagian sinus, yang mana ia boleh meningkatkan lagi infeksi pada tubuh. Secara lembut hembus lendir dari hidung dengan menggunakan satu bahagian liang sahaja pada satu masa.

5. Senam sebelum atau setelah mendapatkan vaksin selesema

Vaksin selesema sebenarnya adalah baik untuk mengelakkan virus tetapi hanya 50 hingga 70 peratus sahaja yang berkesan menurut kajian. Tahukah anda bahawa adalah lebih baik jika anda teruskan tabiat baik bersenam sebelum atau selepas mendapatkan suntikan vaksin selesema kerana ianya boleh menguatkan lagi daya tahan tubuh badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/