5 Tahap Kesuburan Lelaki

Tahap Kesuburan Lelaki

Tahap Kesuburan Lelaki

Tahap Kesuburan Lelaki

Tahap kesuburan lelaki bergantung bukan hanya bergantung kepada kepekatan dan jumlah air mani yang banyak sahaja tetapi banyak faktor yang mempengaruhi tahap kesuburan lelaki ini untuk mendapatkan zuriat bersama pasangan. Ada lelaki yang ego tidak mahu membuat pemeriksaan doktor mengenai tahap kesuburan lelaki mereka dan menyalahkan pasangannya yang mandul atau tidak subur.

Bertahun-tahun sudah berkahwin, tetapi masih gagal untuk menimang cahaya mata. Setiap kali persoalan mengenai anak diajukan, wanita akan menjadi mangsa keadaan. Tetapi tahukah anda sebenarnya aktiviti harian anda mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan bilangan sperma yang dihasilkan sekaligus menjadi sebab anda berdua masih tidak mempunyai cahaya mata?

Mari kita lihat 5 tahap atau punca kesuburan lelaki di bawah ini yang mempengaruhi di dalam mendapatkan zuriat.

1. Kerap Menonton Televisyen

Menurut kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health, menonton televisyen terlalu lama boleh menjejaskan tahap kesuburan lelaki dan mengurangkan bilangan sperma yang terhasil. Kajian yang dijalankan ke atas 189 lelaki sihat yang berusia 18 sehingga 22 tahun ini menunjukkan lelaki yang menonton televisyen 20 jam atau lebih dalam seminggu menghasilkan sperma kurang 44 peratus daripada biasa.

2. Jarang Bersenam

Keputusan kajian yang diterbitkan di dalam British Journal of Sports Medicine menunjukkan lelaki yang aktif dan bersenam selama 15 jam atau lebih  dalam seminggu mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dengan menghasilkan bilangan sperma yang terbanyak, iaitu 73 peratus lebih banyak daripada lelaki yang tidak bersenam.

3. Kerap ke Sauna

Untuk menghasilkan sperma yang sihat, testis lelaki mesti berada di dalam suhu dua darjah kurang daripada suhu badan seseorang lelaki. Menurut kajian oleh University of Padova di Italy, lelaki yang suka bersauna, walaupun hanya lima belas minit, akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki kerana suhu yang panas akan mengurangkan bilangan sperma yang terhasil dan bilangan tersebut hanya akan kembali normal selepas enam bulan.

4. Memakai Seluar Dalam Ketat

Ada sesetangah pendapat yang mengatakan mereka yang memilih seluar dalam yang ketat boleh mempengaruhi tahap kesuburan lelaki di dalam penghasilan sperma. Banyak kajian yang dijalankan membandingkan lelaki yang memakai boxer dengan lelaki yang mengenakan briefs ketat dan keputusannya menunjukkan mereka yang memakai seluar dalam ketat menghasilkan kurang sperma berbanding mereka yang memakai boxer.

5. Kerap Bersama Gajet

Walaupun kajian masih lagi dijalankan untuk membuktikan hal ini, namun, para saintis telah mengeluarkan hipotesis dengan mengatakan lelaki yang kerap menggunakan telefon bimbit, komputer riba atau tablet akan menjejaskan tahap kesuburan lelaki di dalam penghasilan sperma. Sekiranya telalu lama dengan gajet yang mempunyai inframerah, ia akan mempengaruhi tahap kesuburan lelaki.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/