5 Tanda Kekasih Tak Setia

Kekasih Tak Setia

Kekasih Tak Setia

Kekasih Tak Setia

Kekasih tak setia atau pun curang memang banyak kes berlaku bukan sahaja di dalam drama di TV3 setiap hari kita tengok tetapi realitinya juga memang benar ianya berlaku. Zaman sekarang bukan mudah untuk mencari kekasih susah dan senang sama-sama. Biasanya kes yang melibatkan kekasih tak setia pada pasangannya adalah kerana mereka ini memandang harta dan kekayaan.

Siapa yang banyak duit jika di ayat sikit, kekasih tak setia inilah orang yang pertama lari meninggalkan pasangannya untuk bersama dengan orang kaya tadi. Dalam perhubungan sama ada yang sudah berkahwin ataupun yang mempunya kekasih hati, pastinya ada sahaja permasalahan yang timbul tentang kesetiaan dan kepercayaan. Kedua-dua ini adalah aspek yang paling penting dalam perhubungan agar ianya berkekalan.

Tidak kira perempuan atau lelaki, kedua-duanya memainkan peranan dalam aspek setia dan percaya dalam perhubungan. Tiada kata yang lelaki sahaja yang perlu menunjukkan sikap setia itu tidak pula perempuan. Perempuan juga mestilah setia dan taat kepada kekasih apatah lagi yang sudah berkahwin.

Namun, pastinya ada perkara yang boleh merosakkan perhubungan atau rumahtangga yang telah termeterai. Ianya boleh dilihat dari cara-cara dan perubahan sikap pasangan anda.

Mari admin kongsikan 5 tanda kekasih tak setia dengan perhubungan anda melalui sikap dan tingkah lakunya.

1. Minta Putus Tanpa Sebab Yang Kukuh

Tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Pastinya ada udang di sebalik batu. Padahal berhubung juga semakin berkurang, bila berhubung ada saja alasannya untuk mengelak, bila di ajak berjumpa ada sahaja 1,001 alasan, dan secara tiba-tiba meminta putus dengan perhubungan anda dengan sebab yang tidak masuk akal, pastinya ada sesuatu yang tidak kena dengan pasangan anda yang menyebabkan cintanya beralih arah dan tak setia.

2. SMS Dan Whatsapp 

Mungkin ini juga satu petanda kekasih tak setia di mana si dia sudah mula melayan anda melalui SMS dan Whatsapp menggunakan ayat yang sangat ringkas dan asyik memberi alasan sedang berbuat kerja walaupun pada waktu tengah malam atau hari cuti.

3. Jarang Berhubung

Jika kekasih anda sudah mula menunjukkan sifat tidak endah kepada anda, apatah lagi untuk menjenguk anda tatkala ditimpa sakit, cuba bertanya khabar atau berbincang.

4. Suka Mengelak Dari Berjumpa

Apabila kekasih anda asyik mengelak dari berjumpa dengan anda, cuba bertanya pada si dia kenapa dan jika sudah banyak kali diberinya seribu satu alasan, sudah patut anda perbincangkan tentang status perhubungan kalian.

5. Mahukan Privasi

Tanda-tanda paling ketara kekasih anda tak setia dan mempunyai orang lain adalah apabila anda mungkin berniat hanya untuk melihat telefonnya atau bermain game dan disaat itu juga anda dimarahinya dengan memberi alasan mahukan privasi. Takkanlah sudah lama bersama sebelum ini tidak pernah pula dimarahinya tatkala melihat telefon bimbitnya secara tiba-tiba dimarah tidak tentu pasal.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/