5 Tips Atasi Ego Cinta Lelaki

Ego Cinta Lelaki
Ego Cinta Lelaki

Ego Cinta Lelaki

Ego cinta lelaki sememangnya tebal dan sukar untuk diatasi jika bukan atas diri sendiri yang mahukan perubahan demi orang yang disayangi. Perhubungan antara wanita dan lelaki asasnya semua sudah maklum iaitu kasih sayang.

Tetapi kasih sayang bukanlah faktor utama untuk anda sebagai wanita mengikut kata-kata seorang lelaki kerana ego cinta lelaki itu. Ramai wanita beranggapan untuk menarik perhatian seorang lelaki mereka harus mengikut teori ‘Pak Turut’ atau Yes Man. Tetapi anda lupa seorang lelaki mahukan wanita yang ‘sukar’- yang bijak dalam permainan hati dan fikiran.

Pada artikel kali ini admin ingin berkongsi 5 tips atasi ego cinta lelaki yang anda sebagai wanita boleh pratikkan dalam menjaga hubungan agar ianya kekal harmoni.

1. Lawan Egonya

Lelaki jarang berbicara tentang guilty pleasure mereka Jika anda dapat mencari apa guilty pleasure mereka, hal ini boleh dijadikan bahan jenaka yang akan membuat mereka malu dan akhirnya mengakui kekurangan yang ada. Cuba lihat citarasa dan kesukaan mereka pelik mereka dan percayalah mereka mampu menjadi lebih dekat dengan anda kerana ego cinta lelaki boleh diatasi dengan cara tersebut. Cubalah..

2. Jangan Terlalu Teruja

Kebanyakan gadis hari ini teruja dalam permainan ini tetapi sering salah percaturan dalam mengatasi ego cinta lelaki. Setiap tindak-tanduk mereka kadang-kala terlalu obvious, tidak bijak menyembunyikan perasaan dan akhirnya membuat lelaki jelak dengan langkah kurang bijak mereka. Wanita tidak boleh terlalu mengikut keinginan seperti mahu memastikan semuanya berjalan baik sehingga menimbul rimas seorang lelaki hanya sekadar mahu menyempurnakan kehendak emosi anda.

3. Jangan Suka Berkepit

Wanita bijak berdikari lebih mudah menarik minat lelaki. Tidak terlalu mahu terikat dengan mereka dan jelas dengan apa yang patut dan yang tidak dalam perhubungan. Dalam erti kata lain kematangan. Wanita yang suka berkepit dan terlalu manja menerima seorang lelaki seadanya dan tidak memberi keterujaan berterusan. Wanita perlu lebih tegas dan kuat baik fizikal juga mental kerana wanita sering terbuai dengan perasaan sehingga lupa untuk menjaga diri mereka kerana terlalu terburu-buru dalam permainan perasaan sehingga menyebabkan mereka terikut dengan ego cinta lelaki.

4. Tetapkan Pendirian

Untuk melancarkan perhubungan anda harus punya keinginan dan pendirian. Jangan buat lelaki sentiasa berada dalam zon selesa mereka dengan ego cinta dalam diri mereka untuk kawal anda sepenuhnya. Mereka juga mahu dan harus diuji. Jika apa yang anda tuntut itu (lihat dalam perspektif bukan material) dilakukan sepenuh kemahuan maka sebernanya ego cinta mereka tidak lagi memonopoli situasi.

5. Permintaan

Lelaki jika mereka mahu menguji wanita, cara yang digunakan adalah permintaan. Namun wanita sering silap bila semua permintaan hanya diturut hanya kerana takut tidak dapat memenangi hati seorang lelaki. Ingat jika anda hanya mahu menurut semua permintaan mereka, ramai lagi di luar sana yang mampu mengganti tempat anda. Naikkan sedikit standard sebagai wanita dengan bercakap tidak pada sesetengah permintaan dengan alasan yang kukuh – sama ada untuk kebaikan diri mereka atau perhubungan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/