5 Tips Baju Tak Berbau Hapak

Baju Berbau Hapak

Baju Berbau Hapak

Baju Berbau Hapak

Bila baju berbau hapak tanpa kita sedari dari awal lagi ketika menghadiri majlis-majlis penting dan dikelilingi oleh orang ramai pastinya itu sesuatu perkara yang memalukan walaupun anda memakai perfume yang mahal dan mempunyai bau yang kuat. Ini kerana orang dan rakan-rakan di sekeliling anda akan mempunyai tanggapan yang tidak baik berkenaan baju berbau hapak yang anda pakai ke majlis.

Sedangkan baju berbau hapak ini bukan tidak dibasuh tetapi ianya telah disimpan terlalu lama terperap di dalam almari. Pastinya anda berasa tidak selesa dibuatnya jika tampil ke pejabat atau keluar janji temu dengan baju berbau hapak walaupun sudah dicuci. Pakaian boleh berbau hapak jika tersimpan berlipat dan terperap di dalam almari pakaian dalam jangka masa yang panjang.

Mari admin kongsikan 5 tips berkesan untuk pastikan baju dalam almari tidak berbau hapak.

1. Semburan Kain

Anda boleh Do It Yourself (DIY) sendiri dengan menggabungkan essential oil serta air untuk menjadikannya sebagai semburan kain. Atau mungkin anda boleh dapatkan semburan kain yang beraroma untuk mengharumkan bau pakaian anda untuk mengelakkannya berbau hapak.

2. Serbuk Kopi

Serbuk kopi mampu menyerap bau hapak yang kurang menyenangkan. Isi serbuk kopi separuh ke dalam tin bertutup, tebuk beberapa lubang pada bahagian atas tin tersebut dan simpan di dalam almari. Sekali sebulan, tukar serbuk kopi tersebut untuk kekalkan kesegaran.

3. Sabun Buku

Apabila sebuku sabun terdedah pada suhu bilik, ia akan menghasilkan aroma manis yang anda boleh gunakan untuk menjadikan bau pakaian lebih wangi. Pilih aroma sabun buku yang membuatkan anda selesa dan berasa nyaman.  Letakkan lipatan baju di dalam kotak atau laci yang bertutup. Kemudian letakkan satu lagi lapisan kain nipis seperti napkin di atas lipatan baju tersebut dan letakkan sabun buku tersebut di atas lipatan baju tersebut. Tutup kotak atau laci tersebut. Setelah lebih kurang empat jam, pakaian tersebut akan menyerap bau sabun tersebut sekaligus menggantikan bau hapak.

 4. Bebola Kapas dan Perfume

Perfume tidak akan menyingkir bau busuk atau menghilangkan masalah baju berbau hapak, tetapi ia benar boleh melindungi pakaian dari berbau hapak. Caranya dengan menyembur perfume haruman pilihan anda pada bebola kapas dan letakkan ia ke dalam almari pakaian.

5. Herba Dalam Uncang 

Isi herba kesukaan anda ke dalam uncang kapas. Admin cadangkan bunga lavender, daun pandan ataupun serai. Tutup dan letakkannya ke dalam almari pakaian anda untuk menghilangkan masalah baju berbau hapak.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/