5 Tips Bawa Anak Ke Masjid

Tips Bawa Anak Ke Masjid
Tips Bawa Anak Ke Masjid

Tips Bawa Anak Ke Masjid

Tips dan hukum dalam membawa anak ke masjid. Ibu bapa yang ingin membawa sekali anak-anak turut serta dalam ibadah terawih ini, Tapi pasti terlintas di fikiran bagaimana hendak mengawal anak-anak supaya tidak menjadi gangguan kepada jemaah lain.

Bersempena bulan ramadhan yang mulia, sudah menjadi keistimewaan bagi umat islam kerana dapat mengerjakan ibadah terawih setiap malam, yang hanya ada pada bulan ramadhan sahaja.

Hukum Bawa Anak Kecil Ke Masjid

Hukumnya adalah diharuskan dan memastikan anak-anak dibawah kawalan. Rujukan daripada Syed Hussaini Syed Hassan menerusi Bayan Linnas, sumber dari Pejabat Mufti.

Tips Membawa Anak Kecil Ke Masjid

1. Berhenti Solat Jika Perlu

Jika keadaan anak kecil mula meragam dan menangis dengan kuat semasa solat anda boleh mendukungnya dan jika terpaksa bolehlah menghentikan solat serta-merta. Ini kerana dikhuatiri akan menganggu jemaah lain yang sedang solat.

2. Dukung Anak Kecil Ketika Solat

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah memanjangkan sujudnya kerana cucunya Hasan dan Husein telah memanjat di belakang baginda SAW dan bermain-main di atas belakang baginda SAW.

Ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad.

Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu qatadah al-Ansori RA, baginda SAW bersabda;

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَؤُمُّ النَّاسَ وَأُمَامَةُ بِنْتُ أَبِي الْعَاصِ وَهِيَ ابْنَةُ زَيْنَبَ بِنْتِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم عَلَى عَاتِقِهِ، فَإِذَا رَكَعَ وَضَعَهَا وَإِذَا رَفَعَ مِنْ السُّجُودِ أَعَادَهَا

Maksudnya: “Aku melihat Nabi s.a.w mengimami solat sedang mendukung Umamah binti Abi al-As yang juga anak perempuan Zainab binti Rasulillah SAW. Apabila Baginda rukuk diletakkannya dan apabila bangun dari sujud Baginda mengangkatnya semula”.

3. Perhatikan ‘Mood” Anak Kecil

Kebanyakan anak kecil akan meragam apabila keperluannya tidak mencukupi seperti tidak cukup tidur, lapar, penat dan sebagainya yang boleh membuat mereka tidak selesa. Maka ibu bapa wajib memastikan mood anak kecil sebelum dibawa ke masjid. Dan kepada anak-anak yang hiperaktif adalah lebih elok tidak dibawa ke masjid.

4. Tempat Yang Selesa Si Masjid

Untuk memudahkan ibu bapa memantau anak kecil semasa dimasjid adalah disarankan untuk diletakan bersebelahan atau berdekatan dengan ibu bapa. Dan ibu bapa boleh memilih untuk bersolat di tepi dinding, atau hujung saf. Ini dapat memastikan kanak-kanak tidak menggangu jemaah lain.

5. Kedudukan Kanak-Kanak Di Dalam Saf

Ada beberapa andaian beberapa pihak kedudukan kanak-kanak di perantaraan saf dewasa akan memutus saf jemaah. Andaian itu salah sama sekali.

Ini kerana menurut Syed Hussaini ada di terdapat di dalam hadis yang menceritakan bagaimana Rasulullah SAW menyusun saf kanak-kanak dengan mengarahkan Anas bin Malik RA berada bersama-sama kanak kecil dan kemudian Rasulullah solat bersama mereka.

Al-Imam Al-Mawardi Rahimahullah di dalam kitabnya al Hawi di dalam kitabnya al-Hawi al-Kabis menukilkan mengenainya

“dan telah berkata sebahagian ashab kami, yang lebih utama itu adalah dengan meletakkan kanak-kanak(didalam saf) di antara dua lelaki kerana lebih membawa kanak-kanak tersebut kepada mempelajari pegerakan-pegerakan solat.” (Rujukan al-Hawi al-Kabir 2/340)

6. Menasihati Sejak Dari Rumah

Perlulah ibu bapa memperingati anak anak supaya berkelakuan baik di masjid sebelum bergerak ke masjid lagi. Ini bagi memberi ruang kepada anak-anak supaya membuat persiapan. Dan jikalau mereka bising di dalam masjid  nasihatlah mereka dengan baik dan lembut. Memberi contoh akhlak yang baik kepada anak-anak.

Dia atas antara tips dan hukum dalam membawa anak ke masjid, dan menjadi lebih elok kalau kita boleh membiasakan diri membawa anak ke masjid di waktu solat biasa kerana ini mampu memberikan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang ibadah solat di masjid.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/