5 Tips Bekerja Dari Rumah

Bekerja Dari Rumah

Bekerja Dari Rumah

Bekerja Dari Rumah

Bekerja dari rumah secara sepenuh masa ada kebaikannya asalkan anda tahu cara untuk mengekalkan produktiviti, keseimbangan kerja, berdisiplin dan menjalin hubungan bisnes dengan baik. Biasanya apa yang menyebabkan anda ingin bekerja dari rumah sepenuh masa? Mungkin faktor tidak mahu terikat dengan jadual kerja dengan sesebuah syarikat yang memerlukan anda punch card seawal jam lapan pagi ke pejabat? Atau anda ingin bebas dan fleksibel dapat meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga tercinta.

Sememangnya itulah yang diimpikan oleh kebanyakan orang. Dengan bekerja dari rumah anda harus pandai membahagikan masa dan membuat jadual supaya diri anda lebih berdisiplin. Bukan bermakna anda tidak bekerja dengan orang anda boleh membazirkan masa tanpa membuat jadual harian anda.

Mari ikuti 5 tips mudah bekerja dari rumah sebagai panduan supaya kerja lancar dan matlamat anda berjaya.

1. Waktu Rehat

Berehat seketika dari tugasan anda. Berikan masa secukupnya untuk waktu makan tengah hari biarpun ketika bekerja dari rumah. Ingatkan diri anda bahawa anda juga mempunyai kehidupan harian, dan ia akan membantu meredakan tekanan ketika waktu bekerja.

2. Membahagikan Masa

Sediakan jadual kerja dan patuhinya. Cara terbaik untuk mengekalkan disiplin waktu kerja adalah dengan memiliki satu garis panduan yang cukup jelas mengenai tempoh masa bekerja dan masa mengurus kehidupan bekerja dari rumah.

3. Berpakaian Seperti Bekerja 

Elakkan memulakan kerja dari rumah di dalam keselesaan pakaian tidur kerana ia bukan suatu kelebihan bekerja di rumah. Siapkan diri anda sebagaimana anda ingin keluar bekerja di pejabat untuk memberikan peringatan bahawa anda sedang bekerja.

4. Elakkan Gangguan

Jauhkan segala gangguan sebagaimana anda bekerja di pejabat. Beritahu ahli keluarga anda bahawa kediaman itu adalah pejabat anda. Ini akan menjarakkan anda dengan mereka sepanjang tempoh anda bekerja supaya mereka tidak mengganggu anda ketika waktu kerja dan anda juga dapat memberi lebih tumpuan.

5. Ruang Kerja 

Sediakan sebuah ruang profesional untuk bekerja dari rumah di dalam rumah anda sendiri seperti ruang kerja anda di pejabat. Ruang ini perlu berwajah ala pejabat dan terletak di suatu sudut kediaman yang tenang dan bukan tempat tumpuan keluarga berkumpul.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/