5 Tips Berdepan Kaki Belit

Kaki Belit
Kaki Belit

Kaki Belit

Adakah benar pasangan anda seorang kaki belit atau suka menipu? Mengapa dia digelar dengan panggilan kaki belit, ini kerana setiap kata-katanya tidak boleh dipercayai kerana pernah tertangkap menipu anda, suka memanipulasi keadaan dan memutarbelitkan fakta dan alasan.

Benar, tidak salah menyayangi pasangan tetapi cubalah belajar sayangi diri sendiri terlebih dahulu. Sekiranya kekok maknanya ada sesuatu yang tidak kena. Sudahnya, apa tindakan yang perlu kita ambil apabila pasangan kaki belit ini suka buat khianat dalam hubungan. Menyakitkan hati sudah semestinya kerana jika ditanya, ada atau tidak manusia yang sanggup ditipu dan diketawakan, pasti ramai yang menggeleng kepala.

Namun begitu, terdapat beberapa wanita yang masih berpegang kuat kepada kesetiaan seorang isteri. Walau diherdik, dipukul atau dimaki oleh suami kaki belit mereka  tetap senyum dan menjalankan amanah yang diberi. Boleh jadi semua ini disebabkan sayang.

Berikut di bawah ini admin kongsikan 5 tips berdepan dengan kaki belit.

1. Buat Siasatan
Menyedari sikap pasangan kian berubah maka cepat-cepatlah jalankan tugas. Lagipun baik isteri mahupun suami, tuhan telah anugerahkan deria keenam untuk kita rasai dengan naluri setelah termeterainya jalinan ikatan dua hati. Boleh kira dengan jari andai gerak hati itu salah. Setelah semua maklumat dikumpulkan, barulah berbincang cara demokrasi, bukan autokrasi.

2. Tanya Dengan Cara Yang Berhemah
Teknik ini sangat berkesan untuk selesaikan masalah. Gunakan nada suara yang sederhana dan ajukan soalan dengan baik. Pada masa yang sama, tolong kawal kemarahan, rasa geram, rasa hendak maki atau segala rasa yang negatif itu. Simpan baik-baik supaya masalah dapat diselesaikan dengan cepat. Bila pertanyaan berbalas dengan jawapan maka tidaklah nanti ada yang memendam perasaan. Hati tenang, emosi senang.

Kalau si dia terus menipu bagaimana pula? Lakukan sesi soal jawab itu dalam posisi berhadapan maksudnya anda dan pasangan saling menghadap wajah masing-masing. Apabila dia menjawab setiap soalan maka perhatikan gerak geri atau riak wajahnya. Semua yang di sembunyi boleh diterjemahkan melalui bahasa tubuh.  Sekiranya masih berdolak dalih maka kemukakan bukti-bukti yang telah dikumpul bagi mendapatkan jawapan yang sebenar-benarnya.

3. Ambil Pendekatan Berpeluk Tubuh
Berpeluk tubuh maksudnya langsung tidak berbuat apa-apa. Nampak mudah tetapi ia memerlukan kekuatan mental, fizikal, spiritual dan emosi yang teramat tinggi. Manakan tidak, anda tahu apa yang berlaku, anda ‘nampak’ pasangan menipu, anda sedar ada sesuatu yang buruk tetapi tindakan yang diambil hanya tutup mata dan pekakkan telinga. Alasan, malas hendak bergaduh. Kesannya, sudah tentu anda akan makan hati. Persoalannya, sampai bila anda mampu bertahan. Setahun, tiga tahun, lima tahun? Jawapan ada pada anda!

4. Cuba Kongsi Masalah
Relevan sekiranya anda berkongsi rahsia dengannya selain pasangan sendiri. Mungkin masih rasa kurang selesa. Justeru, gunakan peluang yang ada untuk berkongsi perasaan, kegembiraan, kesedihan atau kejayaan. Tidak mustahil masalah yang menghimpit akan ‘terbang’ dengan sendiri.

5. Berikan Peluang
Memang sakit hati untuk gunakan kaedah ini tetapi tidak jatuh kemuliaan andai diberi peluang untuk ke sekian kalinya. Walaupun peluang kedua, ketiga, keempat waima kesepuluh sekalipun disia-siakan tetapi tidak mustahil pada peluang yang kesebelas pasangan mampu merubah suami kaki belit. Berdoalah sentiasa agar pasangan berubah ke arah kebaikan. Namun begitu, jika anda sudah tekad untuk tidak berpaling lagi padanya maka teruskan kerana dalam beberapa keadaan, peluang tidak sepatutnya diberikan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/