5 Tips Berselfie

Berselfie
Berselfie

Berselfie

Berselfie dengan menggunakan kamera Go Pro atau telefon pintar sama ada Android ataupun Iphone menjadi trend dan kegilaan remaja zaman sekarang. Siapa sangka akibat terlalu obses dengan berselfie seseorang itu boleh digelar Selfie Addicted ataupun dipanggil ketagih berselfie !

Namun kebelakangan ini trend berselfie ini menjadi satu topik hangat kerana kecenderungan remaja sekarang sanggup membahayakan diri untuk mendapatkan gambar selfie yang terbaik. Biasanya kegilaan mereka berselfie di tempat-tempat yang tinggi dan bangunan pencakar langit tanpa memakai peralatan keselamatan ketika memanjat menara semata-mata hanya untuk berselfie !

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kita adalah sebahagian daripada “Generasi Selfie”. Definisi selfie dalam kamus Oxford ialah gambar individu yang diambil sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau kamera web dan dimuatnaik di dalam laman media.

Jadi untuk mengelakkan remaja di luar sana daripada terpengaruh dan meniru remaja barat berselfie dengan membahayakan nyawa mereka, admin ada 5 tips berselfie untuk dapatkan gambar selfie cantik, jelas dan menarik.

1) Pilih Latar Belakang Yang Sesuai
Lihat sekeliling anda sebelum berselfie jadi anda boleh mencari latar belakang yang sesuai. Jika anda mahukan wajah anda menjadi tumpuan utama, pilih latar belakang neutral seperti dinding.

2) Pencahayaan
Pencahayaan yang terbaik untuk berselfie ialah cahaya semula jadi, bukannya daripada flash kamera anda. Gambar di tepi tingkap memberi anda gambar yang lebih lembut dan semulajadi, malah mampu mengurangkan bayang-bayang pada wajah.

3) Kenali angle wajah
Kelebihan utama berselfie ialah anda tahu bahagian wajah anda yang paling bagus. Untuk kelihatan lebih kurus, anda hanya perlu berselfie daripada angle atas. Tip untuk angle universal ialah pegang kamera pada aras mata dan gerakkan muka sehingga angle ¾.

4) Senyum
Tidak salah jika anda mahu kelihatan moody dan cool di dalam gambar tetapi anda lebih manis jika anda senyum terutamanya jika anda tidak dapat pose yang diingini. Belajar senyum di depan cermin agar ia kelihatan semulajadi dan tidak berpura-pura.

5) Pilih filter yang betul
Selepas berselfie, pilih filter untuk menceriakan lagi gambar! Filter seperti Rise memberi glow keemasan agar gambar lebih menarik manakala X-Pro II menambah warna lebih terang pada gambar.

Selamat mencuba!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/