5 Tips Bertemu Janji

Bertemu Janji
Bertemu Janji

Bertemu Janji

Bertemu janji atau first dating buat kali pertama dengan kekasih hati pasti membuatkan hati merasa gemuruh atau nervous. Mana tidaknya kerana itulah kali pertama anda akan keluar bertemu janji dengan seseorang yang boleh dikatakan istimewa dan penting dalam hidup anda. Yang pastinya penampilan dari segi pemakaian, minyak wangi dan gaya potongan rambut harus dititikberatkan kerana anda pastinya mahu kelihatan sempurna di mata kekasih anda bila keluar bertemu janji.

Kebiasaannya tempat yang menjadi pilihan untuk bertemu janji dengan kekasih hati adalah shopping kompleks dan taman bunga. Ini kerana shopping kompleks ada tempat kemudahan untuk menonton wayang dan sekali pakej tempat makan yang pelbagai seperti food court dan restoran-restoran yang eksklusif untuk pasangan bertemu janji.

Kala pertama kali ingin bertemu janji bersama si dia yang anda suka, pastikan anda ikuti segala etika ini. Ia penting demi menjamin hubungan yang baik dan berjalan lancar seperti mana yang anda mahukan.

Dan pada artikel kali ini admin mahu kongsikan tips dan juga peraturan mesti anda patuhi bila keluar bertemu janji buat kali pertama dengan si dia. Enjoy your first date!

1. Jangan Terlalu Mudah Untuk Menghakimi

Ia penting untuk anda kekal dengan pendirian dan prinsip, tetapi ia juga penting untuk pastikan minda anda sentiasa terbuka. Jika anda melihat si dia tampil dengan outfit yang kurang menarik buat anda, jangan terlalu cepat melatah dengan serta merta. Menghakimi sememangnya normal, tapi jika bertemu janji yang pertama ini membuahkan impression yang kurang memberangsangkan tidak bererti anda perlu meletakkan titik noktah. Semua orang berhak mendapat peluang kedua.

2. Usah Kongsikan Semua

Dalam bertemu janji buat kali pertama, terlalu awal untuk berkongsi kisah hidup anda secara total. Ini adalah peringkat berkenalan, baru mahu mengenali. Jadi seeloknya anda simpan cerita-cerita bersifat terlalu peribadi. Cukup sekadar bercerita yang perlu saja misalnya serba sedikit tentang pengalaman kerja atau sewaktu belajar. Dan lebih bagus jika anda punya cerita yang lucu boleh dikongsikan.

3. Tepati Masa

Ya benar yang apa sahaja boleh berlaku. Tetapi jangan sampai membuatkan si dia terpaksa menunggu anda. Ia bukan impression yang baik dalam bertemu janji buat kali pertama.  Pastikan anda menghantar pesanan ringkas dan maaf kepada si dia jika terlambat 5 atau 10 minit agar tidak merosakkan mood si dia. Jangan biarkan si dia tertunggu-tunggu.

4. Ketepikan Telefon Bimbit Seketika

Perkara paling utama dan pantang dalam bertemu janji ialah, jangan sibuk bermain dengan telefon pintar. Unless jika anda sedang menanti sesuatu yang dijangka akan berlaku atau kecemasan. Pastikan telefon bimbit dalam mode vibrate. Jika mahu meletak telefon di atas meja pastikan skrin diterlangkupkan ke bawah supaya perbualan anda tidak terganggu jika ada sebarang notifikasi dari telefon lebih-lebih lagi notifikasi media sosial.

5. Jika Sukakan Si Dia, Pandang Tepat Pada Matanya

Melalui renungan mata seseorang itu sudah dapat meneka yang si dia sukakan diri anda. Jika anda mengalami masalah yang sukar untuk melakukan pandangan mata, beritahu kepada si dia agar si dia faham akan situasi dan keselesaan anda. Penting untuk mereka ketahuinya agar anda tidak kelihatan biadab atau pun kurang suka padanya.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/