5 Tips Elak Batu Karang

Sakit Batu Karang
Sakit Batu Karang

Sakit Batu Karang

Bila sebut sakit batu karang, biasanya orang lelaki yang sering mengidap penyakit ini. Tapi, wanita juga tidak terkecuali daripada terkena batu karang. Meskipun peratusannya masih sedikit berbanding lelaki namun jumlah yang mengidapnya semakin meningkat dari masa ke semasa.

Pengalaman admin PB semasa terkena penyakit batu karang menanggung kesakitannya memang tak boleh digambarkan dengan kata-kata hanya Allah sahaja yang tahu pada masa tu. Kena admit 3 hari sebab nak tembak batu karang tu guna laser sebanyak 400 kali tembakan.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada terkena penyakit batu karang ini? Mari bersama admin kita lihat 5 cara mengelak penyakit batu karang dibawah ini.

1. Jaga Pemakanan

Selain Calcium Oxalate, satu lagi jenis batu karang yang biasa dihidapi adalah jenis asid urik. Ia biasanya terhasil akibat banyak makan daging merah, organ dalaman ayam atau lembu dan makanan laut.

Makanan-makanan ini tinggi dengan purine. Semakin banyak purine dalam badan, semakin tinggi kandungan asid urik dalam badan, Maka, semakin berat beban buah pinggang mencuci badan. Ia menyebabkan air kencing menjadi berasid dan semakin mudah penyakit batu karang jenis asid urik berkumpul.

Amalkan: Kurangkan makan makanan tinggi purine dan amalkan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Kurangkan juga pengambilan gula dan garam.

2. Minum Air Lemon

Air lemon terbukti banyak khasiatnya untuk kesihatan dan salah satunya adalah menghalang pembentukan penyakit batu karang. Air lemon menyingkirkan toksin dalam badan dan menghalang pengumpulan mineral yang menjadi penyebab kepada pembentukan batu karang.

Amalkan: Minum air lemon panas setiap pagi sewaktu perut kosong. Sebaiknya jangan letak gula. Jika inginkan sedikit manis, letak sedikit madu.

 3. Berpeluh Dengan Banyak

Mandi sauna, yoga dan aktiviti lasak yang banyak keluarkan peluh memang elok untuk kesihatan tapi ia sebenarnya ia membuka peluang untuk terkena batu karang. Ini kerana apabila badan berpeluh dengan banyak, maka lebihan toksin tidak keluar melalui air kencing. Semakin kurang membuang air, semakin besar kemungkinan mineral yang menghasilkan batu berkumpul dalam buah pinggang dan saluran kencing.

Amalkan: Minum banyak air lebih-lebih lagi jika menjalani aktiviti lasak. Apabila cecair dalam badan yang keluar melalui peluh digantikan dengan air, menyebabkan lebih kerap membuang air. Kerap membuang air mengelakkan mineral yang menyebabkan batu karang tidak dapat berkumpul dan keluar bersama air kencing.

4. Sederhanakan Pengambilan Oxalate

Oxalate adalah sejenis bahan kimia yang terkandung dalam makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kacang, bijirin, keledek, coklat dan teh. Jika diambil dengan banyak, ia menggalakkan pembentukan penyakit batu karang jenis calcium oxalate.

Amalkan: Apabila makan makanan mengandungi oxalate, gabungkan bersama makanan dan minuman mengandungi kalsium. Dengan ini, apabila makanan bercampur dalam perut, kalsium akan mengikat oxalate daripada melekat dan berkumpul pada perut serta usus sekali gus menghalang pembentukan batu karang.

5. Banyakkan Makan Kalsium

Ramai yang salah anggap kalsium adalah punca kepada pembentukan batu karang memandangkan salah satu jenis batu karang yang biasa dijumpai pada pesakit adalah Calcium Oxalate.

Amalkan: Ambil banyak makanan berkalsium dan kurangkan garam dalam menu seharian.

Bertindaklah Sebelum Terlambat

Batu karang ini mudah terhasil semula meskipun seseorang itu pernah menjalani pembedahan membuangnya. Sebab itu jika belum lagi mengidapnya, cegahlah sebelum ia menjejaskan kesihatan badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/