5 Tips Elak Bercerai

Penceraian
Bercerai

Bercerai

Jika dilihat statistik daripada Pejabat Agama di seluruh negara terlalu banyak kes bercerai yang berlaku walaupun sudah bertahun bersama. Ia benar bahawa jodoh itu ditangan yang Maha Berkuasa, namun bercerai bukan jawapan untuk segala perselisihan. Semakin hari dunia dan manusia seperti tidak endah akan perumpamaan yang sering kita peroleh itu apabila kini hari boleh kita lihat banyak kes bercerai yang berlaku melibatkan selebriti tanah air atau pun orang biasa.

Hal perkahwinan dan bercerai bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main bak kata orang tua-tua. Sering kita dengar perumpamaan ini apabila kita mahu berkahwin, ibu bapa selalu pesan perkahwinan adalah salah satu perkongsian hidup dan bukan sekadar berdasarkan cinta untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu semata-mata tetapi tanggungjawab yang bakal dipikul selepas itu.

Mari admin ketengahkan 5 tips untuk elakkan daripada bercerai dan beberapa panduan sekiranya rumahtangga anda seperti retak menanti belah.

1. Kongsi Dan Tangani Masalah Kewangan Bersama

Sememangnya suami adalah ketua keluarga yang wajib untuk menyara isi keluarga. Namun, jika si suami mempunyai masalah kewangan, si isteri hendaklah bersama-sama membantu untuk menyelesaikannya. Bantu meringankan beban dengan ikhtiar menjalankan bisnes kecil-kecilan online atau alternatif untuk kembali bekerja. Tidak salah jika isteri bantu suami, atau sebaliknya. Bukannya angkat kaki dan tinggalkannya saja.

2. Tolak Idea Selesai Masalah Dengan Jalan Penceraian

Jika anda menghadapi masalah dalam rumahtangga, jangan mengambil jalan mudah dan elakkan dari memikirkan tentang cuba untuk bercerai. Cuba berhadapan dengan masalah itu dan tanganinya dengan jalan yang baik. Fikirkan dahulu tentang anak-anak dan kesannya jika anda dan pasangan bercerai.

3. Komunikasi

Kerap berkomunikasi bersama teman hidup dapat mengelakkan berlakunya penceraian. Ini kerana dalam rumahtangga, percakapan sesama sendiri mengukuhkan lagi perhubungan apabila kita berkongsi pendapat, perasaan dan masalah. Memahami antara satu sama lain dapat menyelesaikan apa jua masalah yang menimpa rumahtangga anda.

4. Meminta Maaf Dan Memaafkan

Jika berlaku pertelingkahan atau salah faham, segeralah untuk meminta maaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Patuh pada janji dan  ikrar semasa saat pernikahan. Jika pasangan anda meminta maaf, segeralah memaafkan dan berbaik semula.

5. Setia, Jujur Dan Hormat

Ketiga-tiga sifat mulia ini amatlah penting dalam setiap perhubungan demi menjaga ikatan itu agar kekal lama dan tidak berakhir dengan bercerai. Jangan sesekali curang dengan pasangan anda kerana buruk padahnya jika ada orang ketiga.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/