5 Tips Elak Mulut Berbau

Mulut Berbau
Mulut Berbau

Mulut Berbau

Mulut berbau ketika kita sedang berpuasa di bulan Ramadhan pastinya membuatkan orang di sekeliling kita merasa tidak selesa. Mungkin mereka tidak memahami keistimewaan orang Muslim yang mulut berbau ketika berpuasa di bulan Ramadhan sebenarnya adalah mulut orang yang berbau haruman kasturi di sisi Allah SWT. Namun sebagai seorang Muslim yang sering menjaga kebersihan diri masalah mulut berbau boleh diatasi dengan banyak cara seperti memberus gigi selepas makan sahur dan berkumur dengan air garam atau Listerine untuk menanggalkan sisa-sisa makanan atau pun plak yang menyebabkan mulut berbau ini.

Masih semangat meneruskan ibadah puasa seperti hari-hari biasa. Namun pasti ada yang berdepan dengan masalah mulut berbau ketika bercakap menjadikan anda kurang yakin untuk membuka mulut, berkomunikasi di tempat kerja sepanjang hari. Jangan risau, ada cara yang mudah untuk anda elak dari masalah mulut berbau.
Mari lihat 5 tips elak mulut berbau di bulan puasa yang boleh anda pratikkan.
1. Air Mineral
Minumlah air mineral yang cukup ketika sahur dan berbuka puasa. Seeloknya, sekali pun minum air manis, anda wajib minum air mineral. Lagi pun jika cukup minum, membantu mencegah masalah mulut berbau pada siang hari. Air mineral juga dapat meningkatkan produksi air liur, sehingga kebersihan mulut tetap terjaga.
2. Kurangkan Makanan Manis
Makanan yang manis memang sedap tetapi risiko pada gigi anda juga lebih ‘dahsyat’. Menu yang bergula akan lebih cepat melekat pada gigi dan sukar untuk dibersihkan, akhirnya gigi anda jadi cepat rosak dan menyebabkan mulut berbau. Lagi satu adalah minuman kafein, memang kesan pada gigi yang sangat ketara. Kalau mampu, elak ya…
3. Gosok Gigi & Lidah
Pastikan anda menggosok gigi dan lidah setiap kali waktu bersahur dan berbuka puasa. Usah pandang remeh dan terlalu yakin gigi anda bersih sebab hanya dengan gosok gigi boleh selesaikan masalah ini. Semasa menggosok gigi, tarik dan hembuskan nafas untuk singkir bau mulut.
4. Teh Hijau
Cuba minum teh hijau tanpa gula ketika bersahur dan berbuka puasa. Teh hijau mengandungi zat polyphenol yang berfungsi membersihkan bakteria dalam mulut dan saluran pernafasan.
5. Ubat Kumur
Agar kebersihan mulut anda lebih terjamin, disarankan menggunakan ubat kumur setelah menggosok gigi.
Lihat dan cuba amalkan petua ini, pasti anda boleh elak dengan masalah bau mulut ketika berpuasa. Meskipun bau mulut orang berpuasa dikatakan bak bau kasturi sebenarnya, tetapi anda jangan abaikan kebersihan mulut. Bukan semua yang mampu bertahan dengan masalah bau mulut kita, jadi cuba kita hapuskan masalah mudah ini dulu!

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/