5 Tips Elak Suami Makan Di Luar

suami makan
suami makan

suami makan

Antara punca penceraian ialah sebab suami makan di luar. Banyak faktor yang menyebabkan suami cepat merasa bosan tinggal di rumah. Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan berita mengenai penceraian yang berlaku di negara kita dan statistiknya sangat membimbangkan. Selalunya ia berkait rapat dengan cara layanan isteri di rumah yang menyebabkan suami makan di luar.

Berikut adalah 5 tips elak suami makan di luar :

1. Isteri memasak dengan memakai pakaian yang seksi atau menggoda

Sebagai isteri, anda haruslah pandai mencari jalan mengambil hati suami dengan melakukan kelainan ketika memasak. Selalunya anda memasak dengan memakai pakaian biasa ataupun kelihatan agak tidak terurus kali ini cuba anda berpakaian seksi dan menggoda ketika memasak di dapur ini akan menarik hati suami untuk tinggal di rumah dan tidak makan di luar.

2. Isteri memasak tepat pada masanya dan memahami selera suami

Tips yang kedua untuk elak suami makan di luar ialah anda sebagai isteri haruslah memasak tepat pada masanya ketika suami pulang ke rumah dan masakan anda haruslah menepati selera suami dan menu yang dimasak mengikut kesukaan suami. Jika kesukaan anda sedap dan memahami selera suami anda, ia akan membantu menyelesaikan masalah anda untuk elak suami makan di luar.

3. Bertukar-tukar pendapat

Sebagai isteri anda haruslah berkongsi cerita dan bertukar-tukar pendapat dengan suami. Ini adalah pendekatan yang terbaik bagi anda mengelakkan suami makan di luar. Jika suami anda ada tempat untuk meluahkan perasaan dan anda sebagai pendengar setia dia akan berat kaki untuk melangkah keluar walaupun diajak oleh kawan-kawannya.

4. Belajar pelbagai jenis resipi masakan untuk menambat hati suami

Tips keempat anda untuk elak suami makan di luar dengan mengambil inisiatif belajar memasak pelbagai jenis resipi masakan seperti western food, masakan kampung, masakan jawa dan macam-macam lagi. Ini kerana, suami akan berasa gembira dan bangga bila isterinya berkebolehan memasak pelbagai jenis resipi makanan dan si suami lebih prefer makan di rumah dari makan di luar.

5. Melakukan kejutan ketika sambutan harijadi atau ulangtahun perkahwinan

Sebagai isteri jangan sekali menjadikan alasan penat melakukan kerja rumah untuk tidak mengambil tahu atau terlupa tarikh-tarikh penting sambutan ulang tahun perkahwinan dan tarikh lahir suami. Buat perancangan dengan kawan-kawan dan saudara mara terdekat untuk melakukan kejutan terhadap suami. Suami akan menghargai effort anda dan dia akan berfikir dua atau tiga kali untuk makan di luar dan sayang untuk meninggalkan isterinya duduk sorang-sorang di rumah.

Semoga 5 tips di atas dapat membantu anda sebagai isteri untuk memainkan peranan menambat hati suami sekaligus membuatkan suami anda berat hati untuk makan di luar meninggalkan anda keseorangan di rumah walaupun sesaat. Semoga ianya bermanfaat.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/