5 Tips Hangatkan Cinta

Hangatkan Cinta
Hangatkan Cinta

Hangatkan Cinta

Dalam menjalani hidup berumahtangga pasangan harus mencari inisiatif bagaimana untuk hangatkan cinta agar kembali mekar dan bersinar seperti mula-mula kenal antara satu sama lain sebelum mengikat tali pernikahan. Banyak cara yang boleh anda lakukan bersama pasangan seperti hangatkan cinta dengan pergi menonton wayang bersama-sama atau makan malam bersama.

Hubungan yang telah lama dibina kadangkala hilang rasa cinta akibat keselesaan berpanjangan yang dilalui bersama pasangan. Keterujaan yang dirasakan sebelum ini kian luntur lantas ikatan yang terjalin menjadi bosan. Maka bermulalah episod yang sama setiap hari dimana tiada lagi elemen kejutan untuk hangatkan cinta kembali mekar dalam perhubungan.

Jangan risau, admin ada 5 tips untuk anda hangatkan cinta bersama pasangan agar dapat menyemarakkan lagi ikatan cinta yang dibina.

1. Hangatkan Cinta Dengan Hubungan Intim
Memakai pakaian yang seksi, urut atau belaian manja dengan si dia adalah antara perkara yang boleh dilakukan untuk anda hangatkan cinta dalam melakukan hubungan seks. Bereksperimenlah dengan sesuatu yang belum pernah anda lakukan dengan pasangan. Ianya tentu dapat menimbulkan rasa baru, kelainan dan keseronokan kepada anda berdua.

1. Ubah Penampilan Diri
Mengubah penampilan merupakan cara yang paling cepat untuk menambah percikan dalam hubungan anda. Tampil lain dari kebiasaan sama ada melalui cara pemakaian, gaya rambut atau teknik solekan. Bangkitkan rasa keterujaan dengan perubahan luaran yang boleh menarik perhatian si dia kepada anda.

2. Buat Kejutan
Jika selama ini pasangan andalah yang sering membawa anda berjalan, hangatkan cinta anda dengan melakukan yang sebaliknya dengan membuat perancangan sendiri. Beri kejutan dengan membawa mereka ke percutian atau kejutkan mereka dengan sesuatu yang mereka suka. Tidak kiralah ianya sekadar memasak makanan kegemaran, elemen kejutan itu yang mampu hangatkan cinta dan membuat hubungan anda bertambah seri.

3. Beri Layanan Istimewa
Hangatkan cinta anda dengan cara mengambil berat akan pasangan anda dengan melakukan sesuatu yang membuatkan mereka rasa dihargai. Dengan berbuat sedemikian, mereka juga mungkin akan menunjukkan tanda penghargaan kepada anda dengan berbuat sesuatu yang mengujakan!

4. Ucap Kata-Kata Cinta
Hangatkan cinta anda dengan lafaz ayat cinta seperti “saya sayang awak” setiap hari agar pasangan tahu bahawa sisi romantis anda tidak pudar walau sudah lama bersama. Rasa cinta yang diucapkan mampu membawa rencah manis kepada perhubungan lalu menghangatkan lagi ikatan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/