5 Tips Hilangkan Penat

Tips Hilangkan Penat
Tips Hilangkan Penat

Tips Hilangkan Penat

Istilah penat memang tidak pernah lari dari kehidupan manusia normal yang bekerja seharian di pejabat. Walaupun pejabat mempunyai penghawa dingin tetapi dengan waktu yang panjang dan banyak berfikir soal kerja juga akan menyebabkan seseorang itu penat otak dan penat fizikal iaitu tubuh badan.

Seharian bekerja di pejabat dengan kerja yang menimbun dan apabila ingin pulang hadapi pula dugaan trafik yang agak sesak pastinya badan terlalu penat menghadapi rutin harian yang sebegini. Setelah sampai di rumah pula, anda lalui pula tanggungjawab sebagai isteri atau suami bagi melunaskan kerja-kerja di rumah dan juga melayan kerenah anak-anak. Penat bekerja dan trafik yang sesak sudah cukup buatkan badan terlalu penat dan boleh mengundang kepada sakit dan sebagainya.

Admin Petua Bahagia ada 5 tips hilangkan penat dan memulihkan badan penat bekerja dan rutin harian yang dilakukan.

1. Urut

Lakukan urutan seluruh badan sekali sebulan sebolehnya. Jangan terlalu kerap melakukannya kerana ia boleh mendatangkan kesan negatif pada badan. Ia dapat menyegarkan kembali badan dan melancarkan peredaran darah.

2. Minum Air Limau Atau Air Kelapa Muda

Cuba amalkan meminum air bersama perahan limau atau air kelapa muda sebelum masuk tidur. Gunakan lemon sebagai alternatif lain. Ia dapat membantu menangani penat badan agar keesokan harinya anda bangun dengan segar dan cergas.

3. Minum Air Teh Hijau

Minuman berkhasiat yang diamalkan masyarakat cina ini mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan dan minda kerana ia diperkaya dengan anti-oksida. Ia juga dapat mengurangkan kadar gula di dalam darah.

4. Senaman Ringkas

Sebaiknya apabila setiba di rumah amalkan dengan melakukan aktiviti seperti bersenam atau paling tidak pun, menanam atau mengemas rumah. Ini kerana otak yang sudah penat bekerja di pejabat yang berhawa dingin boleh menyebabkan otak berfungsi dengan tidak baik. Senaman dapat menyalurkan oksigen kepada otak dan sekaligus badan akan cergas seperti sedia kala apabila badan sudah mengeluarkan peluh tatkala melakukan aktiviti di rumah.

5. Mandi Air Panas

Jika di rumah anda tidak ada sistem pemanas air mandian atau heater, apakata gunakan kaedah manual secara memasak air panas terlebih dahulu dan campurkan air panas tersebut sedikit dengan air yang bersuhu normal agar ia cukup berasa suam untuk kulit anda. Ia membantu dalam melegakan kaki yang penat dan sekaligus melancarkan peredaran darah dalam badan.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/