5 Tips Imigrasi Kerja

Tips Imigrasi Kerja

Tips Imigrasi Kerja

Tips Imigrasi Kerja

Apa yang anda faham mengenai imigrasi kerja. Imigrasi kerja bukanlah setakat anda tukar kerja dari sebuah syarikat atau ke sebuah syarikat lain selepas mendapat tawaran gaji yang tinggi. Namun ianya masih lagi memerlukan anda berkhidmat di dalam negara dan tidak perlu fikirkan banyak masalah hanya fokus pada kerja anda sahaja.

Berbeza dengan imigrasi kerja kerana ianya memerlukan pengorbanan dan persediaan yang cukup tinggi dari segi fizikal dan mental. Ini kerana imigrasi kerja bermakna anda harus berkhidmat di luar negara dan syarikat yang membayar gaji anda akan menyediakan kemudahan tempat tinggal dan bermacam keistimewaan dan elaun lain. Begitu juga dengan gaji yang akan anda perolehi dibayar mengikut kadar matawang asing dan sudah pasti ianya satu jumlah yang cukup lumayan.

Tidak semua orang dapat peluang sebegini kerana hanya orang yang benar-benar layak dan mempunyai kepakaran di dalam sesuatu bidang sahaja yang akan ditawarkan untuk imigrasi kerja.

Ia mungkin susah bagi sesetengah orang yang khuatir tentang budaya dan bahasa yang berlainan, berjauhan dari keluarga dan tanah air, serta perbezaan kos sara hidup yang mungkin lebih tinggi. Bagi sesetengah orang pula, peluang bekerja di luar negeri adalah satu impian yang dikejarkan. Antara negara yang menjadi tarikan untuk mencari kerja adalah Singapura, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan Jepun.

Bahkan faktor pendapatan yang lebih tinggi di negara-negara maju ini membuatkan ramai tertarik untuk bekerja di luar negeri. Namun, imigrasi kerja ke luar negeri adalah satu peluang dan pengalaman yang besar untuk menimba ilmu dan kerja. Ia sama seperti mempelajari segalanya mengenai negara yang anda bekerja seperti budaya, bahasa, undang-undang tempatan dan banyak lagi.

Peluang bekerja di luar negara sebenarnya luas namun berjaya atau tidak ia bergantung pada kredibiliti yang ada pada diri anda dalam melakukan pekerjaan tersebut. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Mari admin kongsikan 5 tips imigrasi kerja yang perlu anda tahu sebelum berhajat mahu bekerja di luar negara.

1. Kemaskini Resume

Sebaiknya, timba pengalaman bekerja dalam negara terlebih dahulu sebelum anda berhajat mahu imigrasi kerja ke luar negara supaya resume anda lebih meyakinkan untuk anda di ambil bekerja di syarikat di luar negeri. Setelah itu, kemaskini dengan lebih rapi resume anda dengan segala pengalaman yang anda telah lakukan sewaktu pekerjaan anda di dalam negara agar syarikat yang anda inginkan pekerjaan tersebut dengan tangan terbuka menerima anda sebagai pekerja tetap dengan lebih mudah.

2. Fasih Pelbagai Bahasa

Untuk anda imigrasi kerja, perkara utama yang harus anda pelajari adalah petah berkomunikasi dalam pelbagai bahasa dan paling utama tentunya bahasa Inggeris adalah satu kemestian. Lebih-lebih lagi dia akan menjadi medium perantaraan yang digunakan secara meluas dalam dunia pekerjaan, jadi adalah satu kewajipan untuk menguasai bahasa tersebut. Dan jika anda bercadang mahu menimba pengalaman bekerja di negara yang tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama, kuasailah bahasa ibunda mereka seperti Jepun, Korea, Jerman dan sebagainya.

3. Bersikap Terbuka Dengan Perbezaan Budaya

Lengkapkan diri untuk menerima perbezaan budaya di negara bakal anda kunjungi. Soal perbezaan budaya dan gaya hidup pasti wujud dan ia memerlukan masa untuk anda terima dan fahami. Soal kejutan budaya (culture shock) mungkin ada, usah terikut-ikut dengan gaya hidup mereka jika cara mereka tidak memberikan sebarang kebaikan. Kekalkan jati diri, anda hanya perlu memahami dan tidak semestinya menjalani gaya hidup yang sama jika ia bertentangan dengan budaya juga agama kita.

4. Lengkapi Diri Dengan Skil Bekerja

Namun, tidak salah mencuba nasib imigrasi kerja dengan mencari peluang pekerjaan bumi asing. Tetapi lengkapi diri dahulu dengan kemahiran untuk pekerjaan yang anda idamkan. Menimba pengalaman dalam negara sedikit sebanyak akan membantu sebagai persediaan di sana nanti.

5. Kerap Mencari Dan Menghubungi Ejen

Dengan berhubung rapat dengan ejen pekerjaan di luar negara membolehkan anda update dengan kerja kosong di negara pilihan dan sepadan serta memudahkan kategori kerja yang anda cari. Ejen pekerjaan akan memudahkan dan mempercepatkan proses anda mencari kerja di luar negara sebelum anda imigrasi kerja dari dalam negeri keluar negara.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/