5 Tips Kawal Lelaki Panas Baran

Lelaki Panas Baran

Lelaki Panas Baran

Lelaki Panas Baran

Ada orang kata kalau orang yang panas baran ni susah untuk kita ubah. Jadi kalau kita susah untuk mengubah mereka, kita perlu bijak mengawal keadaan apabila berdepan dengan mereka yang panas baran. Apa yang perlu kamu lakukan apabila berdepan dengan lelaki yang panas baran? Dalam hati kamu mesti terasa sangat berhati-hati takut benda lain pula yang jadi.

1. Kaji Dahulu
Untuk mengelakkan kesusahan dalam perhubungan, admin sarankan kamu kaji atau uji dahulu lelaki yang kamu kenal sebelum pergi ke langkah seterusnya. Betul orang kata, di awal perkenalan sukar untuk melihat true colors sebenar seseorang tapi kamu boleh menguji tahap kesabaran mereka. Jika dia mula menunjukkan sifat panas baran, ambil langkah berjaga-jaga lebih awal, dan seeloknya jauhkan diri darinya sebelum hubungan menjadi serius.

2. Sekali Sekala
Ada ketikanya yang kamu dimarah kerana bukan kesalahan yang kamu lakukan. Jadi, untuk sekali sekala beranikan diri untuk menegakkan kebenaran agar si dia akan tersedar. TETAPI jika pasangan kamu berpotensi untuk naik tangan, kamu perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa pukulannya.

3. Jangan Melawan
Sesiapa sahaja yang bersikap panas baran akan mudah melenting kerana mereka ini terlalu mengikutkan hawa nafsu amarah dan tidak memikirkan kesannya. Lebih-lebih lagi jika kamu melawan atau membantah setiap yang diperkatakan mereka. Jika ingin berbuat demikian, perlu tahu cara yang betul untuk bercakap. Orang yang memiliki sikap panas baran ini selalunya menganggap dirinya sahaja yang betul dan biasanya mempunyai pengaruh di kalangan masyarakat dan pemimpin setempat yang membuatkannya berani.

4. Cari Kelemahan
Andai kamu ditakdirkan mempunyai pasangan yang panas baran, cuba kaji tentang si dia dan cari jalan bagaimana nak cool downkan. Cari sisi kelemahannya yang boleh melembutkan hati mereka. Menangis bukanlah langkah yang bijak kerana bagi sesetengah lelaki yang panas baran, amarah mereka akan bertambah teruk apabila melihat tangisan kamu.

5. Rendahkan Nada
Apabila berdepan dengan lelaki yang sedang marah atau panas baran, rendahkan nada suara kamu. Cakap dengan lembut. Dengan cara ini juga akan membuatkan mereka reda.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/