5 Tips Keluar Makan Bersama Anak

keluar makan bersama anak
keluar makan bersama anak

keluar makan bersama anak

Keluar makan bersama anak adalah salah satu rutin harian bagi ibu bapa yang bekerja. Ini kerana kebiasaannya mereka tiada masa untuk memasak di rumah akibat penat seharian dengan tugas di pejabat. Cabaran yang perlu bijak ditangani oleh ibu bapa yang bekerjaya apabila keluar makan bersama anak adalah bagaimana menangani kerenah anak-anak yang mula meragam apabila berada di kedai makan atau restoran.

Kehidupan anda yang bergelumang dengan kerja di pejabat mahupun di rumah membuatkan anda kadang kala ingin makan dan bersantai di luar. Keluar makan bersama anak kadangkala menjadi igauan ngeri bagi sesetengah ibu bapa. Makan malam anda terganggu dengan kerenah anak yang tidak dijangka. Anda tidak dapat menikmati makan malam dengan aman dan sempurna. Akhirnya anda biarkan sahaja makanan tidak terusik kerana tiada selera lagi.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 tips yang perlu anda amalkan bila keluar makan bersama anak-anak.

1. Haramkan Gajet. 
Gajet tidak dibenarkan dibawa bersama ketika keluar makan. Jadikan makan bersama ini sebagai aktiviti kekeluargaan. Gajet hanya menjadikan ahli keluarga diam, dan kurang berkomunikasi.
2. Raikan. 
Jadikan makan luar anda sesuatu yang menarik anak anda. Jika sebelum ini anda larang anak anda makan aiskrim, cuba berikan keizinan untuknya merasa aiskrim. Pasti dia suka dan duduk diam menikmati kelazatan aiskrim. Jadikan ia sebagai ganjaran untuk anak anda. Katakan padanya, jika anda jadi budak yang baik, anda akan bawanya sekali lagi keluar makan ke restoran itu untuk makan aiskrim.
3. Snek Ringan. 
Untuk mengelakkan menunggu makanan yang dipesan terlalu lama, anda bawalah makanan snek (yang baik dan berkhasiat) kerana dikhuatiri anak anda akan mengamuk kerana lapar.
4. Restoran Pilihan.
Restoran pilihan anda bila keluar makan bersama anak adalah restoran yang mesra anak-anak di mana anak anda bebas untuk bergerak ke sana sini dan boleh bermain dengan permainan yang dibawanya. Jangan sekali-kali makan di kedai makan tepi jalan kerana ia sangat merbahaya.
5. Mainan Dan Buku. 
Bawalah mainan atau buku kesukaan anak anda apabila keluar makan. Sedikit sebanyak ia dapat membantu anda untuk ‘melekakan’ anak anda ketika anda sedang menikmati makan malam.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/