5 Tips Mencari Ilham Majlis Perkahwinan

mencari ilham untuk majlis perkahwinan
mencari ilham untuk majlis perkahwinan

mencari ilham untuk majlis perkahwinan

Mencari ilham bagi merealisasikan majlis perkahwinan supaya ianya berjalan lancar dan sempurna sememangnya satu cabaran buat pasangan yang ingin mendirikan rumahtangga dan menjadikan hari bermakna itu satu tarikh yang manis untuk dikenang sampai bila-bila. Namun untuk mencari ilham untuk tema perkahwinan pasangan perlulah kreatif dan berbincang untuk meminta pendapat dan berkongsi idea. Ilham tidak akan datang dengan sendirinya sekiranya kita tidak berusaha mencarinya.

Artikel kali ini admin ingin kongsikan 5 tips mencari ilham untuk majlis perkahwinan :

1. Mencari Ilham Di Laman Web

Ada banyak laman web yang boleh membantu anda dalam membuat persiapan perkahwinan anda ini. Daripada ‘design’ baju hinggalah kepada ‘Do It Yourself’ (DIY). Dan tidak semestinya anda perlu menjenguk ke laman web perkahwinan. Anda boleh juga terus pergi melihat foto-foto di laman web jurufoto bagi mendapatkan ilham dekorasi, baju dan sebagainya.

2. Mencari Ilham Berkongsi Idea Dengan Ibu Bapa

Walaupun mereka dan anda mempunyai jarak umur yang agak besar, itu tidak menghalang anda untuk berbincang dengan ibu bapa anda tentang idea yang bagus untuk majlis anda. Lagipun, mereka lebih berpengalaman dalam hal ini.

3. Pergi Majlis Perkahwinan Rakan Untuk Mencari Ilham.

Apabila ada saja jemputan perkahwinan, anda pergi sahaja. Selain dapat survey, penyedia khidmat katering yang bagus, anda juga akan dapat survey tempat untuk melangsungkan perkahwinan anda. Selain itu, anda boleh mula mengumpulkan idea untuk menghias majlis anda nanti.

4. Mencari Ilham Di Instagram

Instagram ada banyak akaun-akaun berkaitan perkahwinan dan akaun-akaun ini dibanjiri banyak foto yang cantik yang anda boleh terus ‘screen shot’, simpan dan hantar kepada sesiapa untuk anda minta pendapat. Gunakan enjin carian mereka untuk mencari akaun-akaun ini. Gunakan kreativti anda untuk mencari hashtag yang berkaitan.

5. Mencari Ilham Di Majalah

Labur sedikit duit anda untuk memiliki majalah-majalah perkahwinan. Majalah, majalah ini bukan sahaja padat dengan info yang penting, malahan, memberi idea yang bernas.

Kesimpulannya, mencari ilham untuk anda menentukan tema dan konsep untuk majlis perkahwinan anda melalui banyak sumber yang boleh membantu seperti yang admin nyatakan di atas. Namun ianya bergantung kepada kos bajet pasangan itu sendiri jika inginkan ianya lain dari yang lain sudah tentu memerlukan kos perbelanjaan yang besar.

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/