5 Tips Mendaki Gunung

Mendaki Gunung
Mendaki Gunung

Mendaki Gunung

Aktiviti outdoor yang lasak seperti mendaki gunung sememangnya menjadi pilihan anak-anak muda masa kini untuk beriadah dan menghilangkan stress dari masalah kerja dan hiruk pikuk bandar. Dengan mendaki gunung secara berkumpulan dapat memupuk sikap positif seperti kerjasama, tolong menolong antara satu sama lain, bertolak ansur dan hormat menghormati disamping menjadikan badan sihat.

Mungkin anda seorang yang gemarkan aktiviti lasak tetapi tidak pernah mencuba aktiviti mendaki gunung? Nampak mencabar, dan sukar untuk mulakan pendakian yang pertama, tetapi jika anda pergi untuk kali yang kedua, pasti tiada masalah.

Mari admin kongsikan 5 tips mendaki gunung buat anda sebagai panduan dan persiapan sebelum mahu memulakan aktiviti yang mencabar dan menyeronokkan ini.

1. Elak Makan Terlalu Kenyang

Dinasihatkan anda untuk tidak makan terlalu kenyang sebelum mendaki gunung kerana khuatir anda akan muntah ketika pendakian. Makan hanya untuk alas perut atau memberikan tenaga kepada tubuh badan untuk memastikan anda larat untuk sampai ke puncak.

2. Maklumkan Pada Ahli Keluarga

Sebelum pergi mendaki gunung, pastikan kamu memberitahu keluarga dan teman rapat kemana kamu pergi, berapa jam perjalanan dan jam berapa kamu dijangka akan pulang. Ini adalah untuk langkah keselamatan sekiranya sebarang hal yang tidak diingini berlaku.

3. Jaga Mulut Dan Tingkah Laku

Hormati alam sekitar terutamanya tumbuhan liar yang hidup sepanjang perjalanan kamu mendaki gunung. Jangan gatal tangan mencabut atau mematahkan tumbuhan yang ada. Paling penting jangan buang sampah merata-rata dan bermulut celupar dengan bercakap besar dan lepas.

4. Bekalan Air Mencukupi

Sediakan bekalan air yang secukupnya kerana kamu pasti akan dahaga dan kepenatan semasa mendaki gunung. Bagi memudahkan pendakian, beli beg sandang yang mempunyai ruang menyimpan air di dalamnya yang memudahkan anda minum terus melalui tiub.

5. Tuala Dan Kompas

Bawa bersama tuala kecil untuk mengelap peluh semasa mendaki gunung. Jangan dilupakan juga kompas dan alat menunjuk arah kiblat untuk memastikan anda tidak mengabaikan solat 5 waktu semasa aktiviti pendakian.

Beberapa lokasi dalam negara yang menjadi tumpuan pendaki untuk melakukan aktiviti mendaki gunung ini adalah:

  • Bukit Broga, Semenyih
  • Gunung Angsi, Ulu Bendul
  • Gunung Ledang, Johor
  • Gunung Kinabalu, Sabah

dapatkan sekarang

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

https://www.facebook.com/johorsoutherntigers.com.my/videos/612746285555341/